Pembelajaran Berasaskan Projek ini juga dikenali sebagai PROJECT BASED LEARNING (PBL)
PBL dijalankan sama ada secara individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan ia menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.
PBL mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk dilengkapkan.
Bagi murid Tingkatan 1 digalakkan menjalankan sekurang-kurangnya 2 PBL setahun. Hal ini demikian, dalam Pentaksiran Sumatif Akhir Tahun mengambil kira 20% daripada markah PBL (Rujuk Templat Pelaporan KSSM Sains Tingkatan 1)
Hasil projek boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti laporan, artifak, video dan lain-lain yang bersesuaian.
Hasil projek perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain.
Rubrik Pemarkahan bagi PBL secara umum adalah seperti berikut:
Kriteria
|
Peratus
|
1.
Rekabentuk
|
20
|
2.
Proses
|
20
|
3.
Aplikasi
|
20
|
4.
Pengetahuan
|
20
|
5.
Persembahan
|
20
|
Jumlah
Markah
|
100
|
Di sini saya kongsikan 2 contoh tugasan PBL yang telah saya sediakan sendiri. Rubrik yang digunakan adalah menurut pemahaman saya sendiri kerana kekurangan sumber berkenaan dengan pembinaan rubrik untuk PBL. Oleh yang demikian, saya memohon maaf jika rubrik yang saya kongsikan ini mempunyai kesilapan.
Walau bagaimana pun, saya sangat mengalu-alukan sebarang cadangan untuk penambahbaikan :).