Salam sejahtera..
Di sini dikongsikan templat pelaporan Pentaksiran Sekolah bagi KSSM Tingkatan 1 2017.
Bagi guru yang memerlukan templat ini, bolehlah memuat turun dengan meng'klik' mata pelajaran masing-masing:
ASAS SAINS KOMPUTER
BAHASA ARAB
BAHASA CINA
BAHASA INGGERIS
BAHASA MELAYU
BAHASA TAMIL
GEOGRAFI
MATEMATIK
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
PENDIDIKAN MORAL
PENDIDIKAN MUZIK
PENDIDIKAN SENI VISUAL (mohon share link tq:))
REKA BENTUK TEKNOLOGI
SAINS
SEJARAH
Sila edit sendiri maklumat yang berkaitan.
Terima kasih kepada guru yang telah berkongsi pelaporan di atas. Semoga sentiasa dirahmati.
Success is a journey, not a destination. The doing is often more important than the outcome. ~Arthur Ashe~
Monday, 10 July 2017
Sunday, 9 July 2017
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK SAINS KSSM TINGKATAN 1
Pembelajaran Berasaskan Projek ini juga dikenali sebagai PROJECT BASED LEARNING (PBL)
PBL dijalankan sama ada secara individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan ia menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.
PBL mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk dilengkapkan.
Bagi murid Tingkatan 1 digalakkan menjalankan sekurang-kurangnya 2 PBL setahun. Hal ini demikian, dalam Pentaksiran Sumatif Akhir Tahun mengambil kira 20% daripada markah PBL (Rujuk Templat Pelaporan KSSM Sains Tingkatan 1)
Hasil projek boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti laporan, artifak, video dan lain-lain yang bersesuaian.
Hasil projek perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain.
Rubrik Pemarkahan bagi PBL secara umum adalah seperti berikut:
Kriteria
|
Peratus
|
1.
Rekabentuk
|
20
|
2.
Proses
|
20
|
3.
Aplikasi
|
20
|
4.
Pengetahuan
|
20
|
5.
Persembahan
|
20
|
Jumlah
Markah
|
100
|
Di sini saya kongsikan 2 contoh tugasan PBL yang telah saya sediakan sendiri. Rubrik yang digunakan adalah menurut pemahaman saya sendiri kerana kekurangan sumber berkenaan dengan pembinaan rubrik untuk PBL. Oleh yang demikian, saya memohon maaf jika rubrik yang saya kongsikan ini mempunyai kesilapan.
Walau bagaimana pun, saya sangat mengalu-alukan sebarang cadangan untuk penambahbaikan :).
Subscribe to:
Posts (Atom)