8 FAKTA MENGENAI ALVEOLUS
Alveolus adalah pundi kecil di dalam peparu kita yang merupakan
tempat pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dalam sistem respirasi
kita. Dengan erti kata lain, ia membolehkan
oksigen meresap masuk ke dalam kapilari darah dan karbon dioksida disingkirkan
keluar melalui peparu kita.
FAKTA 1: PELBAGAI JENIS
ALVEOLUS
Tahukah kamu terdpat pelbagai jenis alveolus di dalam badan? Tetapi kita
biasanya menjelaskan perkataan ini sebagai pundi udara kecil di dlam
peparu. Kebanyakan mamalia mempunyai
alveolus di dalam peparu.
FAKTA 2: ALVEOLUS PULMONARI
Apakah alveolus pulmonari? Ia boleh dijumpai di hujung saluran udara
pada peparu.
FAKTA 3: CIRI-CIRI
Ia mempunyai dinding yang lembap, tetapi sangat nipis. Hanya setebal satu
sel sahaja. Kita boleh menjumpai banyak
jaringan kapilari darah atau salur darah halus di sekeliling alveolus.
FAKTA 4: FUNGSI
Mamalia yang mempunyai alveolus dalam peparu boleh menikmati sistem
respirasi yang hebat. Ia membolehkan gas
bergerak merentasi dan meresap ke permukaan alveolus.
FAKTA 5: PERNAFASAN
Kepekatan oksigen dalam sel darah merah adalah rendah berbanding
kepekatan oksigen dalam alveolus apabila mamalia menarik nafas. Begitu juga sebaliknya yang berlaku apabila
mamalia menghembus nafas.
FAKTA 6: KEPEKATAN KARBON DIOKSIDA
Mamalia menyedut masuk oksigen dan menghembus keluar karbon
dioksida. Kepekatan karbon dioksida
lebih tinggi dalam sel darah merah berbanding alveolus. Apabila mamalia menghembus nafas, karbon
dioksida akan meninggalkan sel darah merah dan masuk ke dalam alveolus.
FAKTA 7: JUMLAH ALVEOLUS
Tahukah kamu jumlah alveolus dalam peparu manusia? Kajian saintifik menyatakan bahawa kita
mempunyai sekurang-kurangnya 480 juta alveolus dalam satu peparu!!!
FAKTA 8: JUMLAH LUAS
PERMUKAAN
Jumlah luas permukaan alveolus di dalam peparu manusia ialah lebih
kurang 75 meter persegi. Jika alveolus
manusia dibuka, keluasannya adalah sama dengan sebuah gelanggang tenis!!! Luas permukaan yang besar ini membantu dalam
meningkatkan kecekapannya dalam proses peresapan.