1.2 Pengangkutan Oksigen di dalam Badan Manusia
1.
Faktor-faktor yang membolehkan alveolus dapat
melakukan pertukaran gas dengan cekap ditunjukkan dalam peta buih di bawah:
Peta
Buih: Faktor-faktor mempengaruhi kecekapan alveolus dalam pertukaran gas
2.
Pergerakan oksigen
dari alveolus ke dalam kapilari darah melibatkan resapan.
3.
Peresapan – pergerakan molekul oksigen daripada
kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah.
4.
Oksigen meresap melalui dinding alveolus yang
nipis dan melalui dinding kapilari darah masuk ke dalam darah.
5.
Dalam darah, oksigen bergabung dengan hemoglobin (sebatian merah
gelap dalam sel darah merah) untuk membentuk oksihemoglobin.
Oksigen + Hemoglobin → oksihemoglobin
|
6. Darah yang
mengandungi oksihemoglobin diangkut daripada peparu ke seluruh badan.
7. Oksihemoglobin
ialah sebatian yang tidak stabil
dan berwarna merah cerah. Ia terurai / terpisah dan membebaskan oksigen
di mana oksigen berkepekatan rendah.
Oksihemoglobin → oksigen + hemoglobin
|
8. Sel-sel yang berdekatan dengan kapilari darah biasanya mempunyai kepekatan oksigen yang rendah.Jadi oksihemoglobin terurai kepada haemoglobin
dan oksigen. Oksigen akan meresap
melalui kapilari darah ke dalam sel.
No comments:
Post a Comment