Sunday, 23 March 2014

KURSUS KBAT SEKOLAH RENDAH DAERAH SRI AMAN

Pada 17-18 Mac 2014 yang lepas, saya dijemput sebagai penceramah bagi Kursus KBAT Sekolah Rendah Peringkat PPD Sri Aman.  Kursus ini diadakan di Bilik Mesyuarat Tiang Laju, PPD Sri Aman bermula dari jam 8.15 pagi - 5.00 petang. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan guru-guru sekolah rendah tentang KBAT bagi subjek-subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.  Dua orang penceramah yang sangat komited yang juga merupakan JU KBAT Sejarah turut bersama saya sepanjang kursus ini iaitu Puan Villa Lau dan Encik Stinli Muda.  Selain itu, kami bertiga turut dibantu oleh beberapa orang guru sumber yang memberi kerjasama yang baik sepanjang kursus berlangsung.

Sepanjang kursus ini, kami bertiga bersama-sama berkongsi tentang Falsafah, Prinsip dan Isu-isu KBAT, aras-aras KBAT (Mengaplikasi, Menganalisis, Menilai dan Mencipta).

Peserta-peserta kursus ini adalah seramai 36 orang yang merupakan guru dari semua sekolah rendah dalam daerah Sri Aman.  Selepas berkongsi setiap aras, peserta diminta untuk menghasilkan soalan berdasarkan subjek masing-masing bagi aras yang dibincangkan. Peserta kemudiannya akan membentangkan soalan yang telah dihasilkan untuk dikongsikan bersama dan peserta diberi peluang untuk memberi pendapat masing-masing sekiranya terdapat cadangan penambahbaikan.  

Bagi sesiapa yang berminat, bahan-bahan ceramah dan hasil bengkel peserta saya kongsikan di bawah dan boleh dimuat turun.

BAHAN CERAMAH
FALSAFAH, PRINSIP DAN ISU-ISU KBAT 
Video 20th Century Education vs 21st Century Education

BAHAN CERAMAH ARAS KBAT
RUMUSAN

Bahan ceramah di atas adalah hasil daripada kami bertiga dengan merujuk kepada bahan yang disediakan oleh JU KBAT SAINS di RECSAM, Pulau Pinang dan juga modul daripada BPG bagi JU KBAT Sejarah. 

HASIL BENGKEL

ARAS
MATA PELAJARAN
MENGAPLIKASI
MENGANALISIS
MENILAI
BAHASA MALAYSIA*
BAHASA INGGERIS*
SAINS*
MENCIPTA
(*) belum diupload lagi-mohon maaf

GALERI

Gambar sepanjang berkursus.

KUMPULAN BAHASA MALAYSIA


Perbincangan dalam kumpulan semasa bengkel

Persembahan hasil bengkel

KUMPULAN BAHASA INGGERIS
Ahli kumpulan BI, Encik Patrick mempersembahkan hasil kumpulan "Word Swap"



Encik Stinli Muda dan Encik Bronson tengah asyik bermain "Word Swap"


KUMPULAN MATEMATIK

Kumpulan Matematik menyediakan bahan untuk persembahan semasa bengkel

KUMPULAN SAINS


Guru-guru Sains tengah kusyuk mengerah otak untuk menghasilkan Haiku



PENUTUP
Semoga para peserta yang telah bersama sepanjang kursus ini mendapat manfaat daripada perkongsian sepanjang dua hari tersebut.  Secara peribadi, saya berasa sangat bertuah kerana dapat berkongsi dengan semua guru yang hadir sepanjang kursus ini.  Sayang sekali kerana kita hanya dapat bersama selama dua hari.  Walau bagaimanapun, saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk bersama dengan guru sekalian.  Saya memohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan dari segi penyampaian kami. 

Saya ingin berkongsi beberapa Haiku yang telah dicipta oleh guru-guru Sains sekolah rendah yang sangat sporting sepanjang kursus ini berlangsung.






Sebarang komen penambahbaikan berkaitan ceramah yang disampaikan adalah amat dialu-alukan. 

Setinggi penghargaan buat Puan Villa Lau dan Encik Stinli Muda kerana telah berkongsi bahan-bahan KBAT Sejarah... Kerjasama dengan cikgu berdua amat membawa banyak pengetahuan bagi saya sendiri.  Tidak lupa juga kepada pihak urus setia kerana telah memberi kepercayaan dan layanan yang baik sepanjang kursus ini berlangsung.

Terima kasih...




No comments:

Post a Comment