Monday, 28 April 2014

Professional Learning Community (PLC)

Pada 11 November 2013 yang lepas, saya telah menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang: Professional Learning Community (PLC) di Grand Borneo Hotel, Sabah.  
Banyak input yang telah diperolehi sepanjang kursus tersebut.  Walau bagaimanapun saya belum mempunyai waktu untuk berkongsikannya sebelum ini.  Saya bercadang untuk berkongsi berkaitan PLC ini bersama guru-guru di sekolah saya pada bulan Julai 2014 nanti. Sebelum itu, izinkan saya untuk berkongsi sedikit berkaitan dengan PLC bagi pembaca blog atau individu yang mencari bahan berkaitan dengan PLC.

APA ITU PLC?

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.

LATAR BELAKANG

PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada 

  • menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
  • membina hubungan yang berkualiti
  • mempunyai program yang sangat berfokus
  • menggerakkan sumber-sumber sedia ada
  • berkongsi kepimpinan
PRINSIP ARAS PLC
  • memastikan pembelajaran murid
  • budaya kolaborasi
  • fokus kepada pencapaian

ENAM DIMENSI PLC
  • Kongsi kepimpinan
  • kongsi nilai dan visi
  • pembelajaran kolektif dan aplikasi
  • kongsi amalan peribadi
  • struktur
  • hubungan
STRATEGI PLC 2013
PLC 2013 berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  5 strategi tersebut adalah seperti berikut:
  • Lesson Study
  • Peer Coaching
  • Learning Walk
  • Teacher Sharing Session
  • Video Critique
Deskripsi bagi setiap strategi di atas adalah seperti di bawah:

Strategi PLC
Deskripsi
Belajar Secara Berjalan
Learning Walks
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik.
Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
Peer Coaching/ Instructional Coaches
Secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle)
Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian
Lesson Study
Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran /  memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.
Sesi Perkongsian Guru
Teacher Sharing Sessions
Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik
Kajian Video Pengajaran Guru
Video Critiques of Teaching Moments
Menonton dan berbincang klip video pengajaran guru
Bahan-bahan PLC boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:


Sunday, 27 April 2014

TIMSS dan PISA

    APAKAH TIMSS  DAN PISA?
 
    TIMSS merujuk kepada Trends in Mathematics and Science Study. Kajian ini dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA).

PISA merujuk kepada Programme for International Student Assessment. PISA dikelola oleh Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), sebuat organisasi dibawah NCES dan berpusat di US.

Kedua-duanya merupakan pentaksiran peringkat antarabangsa yang merupakan instrumen yang digunakan sebagai penanda aras kualiti pendidikan Sains, Matematik dan Bacaan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menyasarkan pada tahun 2015, Malaysia mencapai sekurang-kurangnya purata antarabangsa dalam pentaksiran berkenaan. Menjelang tahun 2025 pula, PPPM menyasarkan agar Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga teratas dalam kedua-dua pentaksiran TIMSS dan juga PISA.

Dalam usaha merealisasikan hasrat PPPM, Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik dibangunkan dengan berteraskan pembentukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). 

APAKAH KBAT?
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Peningkatan KBAT dalam kalangan murid adalah kritikal bagi memastikan murid dapat menjawab soalan TIMSS dan PISA dengan baik. Dapatan TIMSS dan PISA jelas menunjukkan murid di Malaysia lemah dalam domain kognitif yang melibatkan KBAT seperti menaakul, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
 

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi Sains dan Matematik boleh dimuat turun dari pautan di bawah:





Sunday, 6 April 2014

Program i-THINK

Program i-THINK ialah satu program yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.

Program i-THINK diperkenalkan kerana hasil dapatan melalui kajian telah menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan guru dan murid di Malaysia adalah amat rendah.  

Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, negara kita Malaysia, perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi. Untuk mencapai matlamat ini, program i-THINK telah diperkenalkan oleh kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM).  Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

Sebagai salah seorang JU KBAT Sains yang telah didedahkan dengan i-THINK semasa program latihan JU KBAT Sains di RECSAM, Pulau Pinang pada September 2013 yang lepas, saya ingin berkongsi sedikit berkaitan dengan program i-THINK. 

Terdapat 8 peta pemikiran yang kita boleh gunakan dalam i-THINK iaitu:



Sekiranya anda memerlukan bahan untuk persembahan PowerPoint, anda boleh download dengan mengklikkan muka depan power point di bawah:



Sekiranya anda perlukan rujukan yang lebih mantap, adalah disarankan anda untuk melawat laman web di bawah:



Di sini saya turut kongsikan nota Sains Tingkatan 3 Bab 4: PEMBIAKAN yang menggunakan i-THINK.  Sila klik nota di bawah untuk muat turun.


 Terima kasih :)




  

Thursday, 3 April 2014

Buku Pentaksiran KBAT

Keadaan dunia yang sentiasa berubah dan mencabar pada masa kini, menuntut para murid kita bukan hanya membina kapasiti dari aspek pengetahuan semata-mata tetapi juga membina pemikiran aras tinggi seperti pemikiran sistematik, penyelesaian masalah dan membuat keputusan berdasarkan analisis  situasi secara kritis.


Sehubungan itu, pembangunan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah amat penting untuk membolehkan murid membuat anjakan dari pengetahuan serta kemahiran kepada tindakan sebagai rakyat yang bertanggungjawab tanpa mengira peranan dalam masyarakat.

Bagi sesiapa yang berminat, buku Pentaksiran KBAT boleh dimuat turun dengan mengklikkan pada imej buku muka depan buku tersebut di bawah...


TERKINI! Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil 1/2014: Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1/2014: Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Surat Pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan tentang penambahbaikan dalam pelaksanaa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula 1 April 2014 di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan termasuk sekolah swasta yang menggunakan kurikulum kebangsaan. 

Sila klik DI SINI untuk mendapatkan surat pekeliling tersebut.

Antara yang dihighlightkan dalam surat pekeliling tersebut ialah….


4.       Bagi memantapkan pelaksanaan PBS, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan kajian semula serta melakukan penambahbaikan terhadap pelaksanaannya agar menjadi lebih mesra guru.  Berdasarkan kajian semula ini, maka penambahbaikan dalam pelaksanaan PBS adalah seperti berikut:

4.1 Dokumen Standard Prestasi (DSP)

a. DSP diganti menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang lebih fleksibel bagi membantu guru untuk memberi foKus terhadap P&P serta merancang pentaksiran yang sesuai untuk murid.

Oleh yang demikian, di bawah ini adalah Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid bagi sekolah menengah dan sekolah rendah.  Guru yang berminat boleh klik untuk download.

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
SEKOLAH MENENGAH
SEKOLAH RENDAH



Untuk subjek Sains Sekolah Menengah pula, guru boleh download dari sini:

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAGI SUBJEK SAINS SEKOLAH MENENGAH



Wednesday, 2 April 2014

Appreciation

This morning i just received this from Google..this quote really meaningful for me...so i decided to share it with all...