Sunday, 27 April 2014

TIMSS dan PISA

    APAKAH TIMSS  DAN PISA?
 
    TIMSS merujuk kepada Trends in Mathematics and Science Study. Kajian ini dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA).

PISA merujuk kepada Programme for International Student Assessment. PISA dikelola oleh Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), sebuat organisasi dibawah NCES dan berpusat di US.

Kedua-duanya merupakan pentaksiran peringkat antarabangsa yang merupakan instrumen yang digunakan sebagai penanda aras kualiti pendidikan Sains, Matematik dan Bacaan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menyasarkan pada tahun 2015, Malaysia mencapai sekurang-kurangnya purata antarabangsa dalam pentaksiran berkenaan. Menjelang tahun 2025 pula, PPPM menyasarkan agar Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga teratas dalam kedua-dua pentaksiran TIMSS dan juga PISA.

Dalam usaha merealisasikan hasrat PPPM, Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik dibangunkan dengan berteraskan pembentukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). 

APAKAH KBAT?
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Peningkatan KBAT dalam kalangan murid adalah kritikal bagi memastikan murid dapat menjawab soalan TIMSS dan PISA dengan baik. Dapatan TIMSS dan PISA jelas menunjukkan murid di Malaysia lemah dalam domain kognitif yang melibatkan KBAT seperti menaakul, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
 

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi Sains dan Matematik boleh dimuat turun dari pautan di bawah:





No comments:

Post a Comment