Banyak input yang telah diperolehi sepanjang kursus tersebut. Walau bagaimanapun saya belum mempunyai waktu untuk berkongsikannya sebelum ini. Saya bercadang untuk berkongsi berkaitan PLC ini bersama guru-guru di sekolah saya pada bulan Julai 2014 nanti. Sebelum itu, izinkan saya untuk berkongsi sedikit berkaitan dengan PLC bagi pembaca blog atau individu yang mencari bahan berkaitan dengan PLC.
APA ITU PLC?
Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.
LATAR BELAKANG
PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada
- menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
- membina hubungan yang berkualiti
- mempunyai program yang sangat berfokus
- menggerakkan sumber-sumber sedia ada
- berkongsi kepimpinan
PRINSIP ARAS PLC
- memastikan pembelajaran murid
- budaya kolaborasi
- fokus kepada pencapaian
ENAM DIMENSI PLC
- Kongsi kepimpinan
- kongsi nilai dan visi
- pembelajaran kolektif dan aplikasi
- kongsi amalan peribadi
- struktur
- hubungan
STRATEGI PLC 2013
PLC 2013 berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. 5 strategi tersebut adalah seperti berikut:
- Lesson Study
- Peer Coaching
- Learning Walk
- Teacher Sharing Session
- Video Critique
Deskripsi bagi setiap strategi di atas adalah seperti di bawah:
Strategi
PLC
|
Deskripsi
|
Belajar
Secara Berjalan
Learning Walks
|
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan
pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau
fokus yang spesifik.
|
Bimbingan Rakan
Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
Peer
Coaching/ Instructional Coaches
|
Secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain
dengan menggunakan kitaran pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation,
post-conference cycle)
|
Belajar menggunakan
Rancangan Pengajaran Harian
Lesson
Study
|
Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu
rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran / memerhatikan pengajaran, membuat
penambahbaikan semasa sesi pengajaran.
|
Sesi Perkongsian
Guru
Teacher
Sharing Sessions
|
Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi
amalan pengajaran terbaik
|
Kajian Video
Pengajaran Guru
Video
Critiques of Teaching Moments
|
Menonton dan berbincang klip video pengajaran guru
|
Bahan-bahan PLC boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:
No comments:
Post a Comment