Good Friday ataupun Jumaat Agung adalah Hari Jumaat sebelum Minggu Paskah dan merupakan cuti umum bagi penduduk Sabah dan Sarawak.
Good Friday adalah hari di mana penganut Kristian memperingati Tuhan Yesus Kristus telah disalibkan dan mati di Golgota.
Hari Easter merupakan hari di mana Yesus Kristus telah dibangkitkan pada hari Ahad seterusnya.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib.
Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan.
No comments:
Post a Comment