Wednesday 14 March 2018

BENGKEL e-KomPeG Peringkat Daerah Sri Aman Kumpulan A



Pada 25 September 2017 (Isnin) yang lepas saya bersama cikgu Bronson telah mengadakan Bengkel e-KomPeG (Kompetensi Pentaksiran Guru Peringkat Asas) bagi guru Sejarah, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sekolah-sekolah di daerah Sri Aman bagi kumpulan A.

Seramai lebih daripada 40 orang guru yang hadir termasuklah pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman.. bengkel berjalan dengan lancar bermula dari jam 8 pagi sehingga jam 5 petang. 

Diharap semua guru yang telah hadir bengkel ini dapat berkongsi ilmu yang telah diperolehi kepada rakan-rakan di sekolah masing-masing. 
Selamat maju jaya...

Monday 12 March 2018

UJIAN BULANAN 1 2018


UJIAN BULANAN 1 2018

BANK SOALAN SAINS - TINGKATAN 1

Soalan untuk Ujian Bulanan 1 adalah berbentuk topikal dan soalan yang dinilai ialah dari Bab 1 sahaja.  Soalan ini adalah menggunakan dwibahasa.  Bagi guru yang berminat, boleh la muat turun dengan mengklik pada pautan di bawah: 

SAINS TINGKATAN 1 - SOALAN
SAINS TINGKATAN 1 - PANDUAN PEMARKAHAHAN

Sekiranya ada sebarang kesilapan, mohon maaf.  Semua kelemahan itu datang daripada saya sendiri.