Wednesday 26 February 2014

What Students Remember Most About Teachers

I just saw this post this early morning after I came back from sending my kids to school.  I really liked it when I read it..so I wanted to share this post with all TEACHERs out there...

Thanks to pursuitofajoyfullife for sharing this...


What Students Remember Most About Teachers

Dear Young Teacher Down the Hall,
I saw you as you rushed past me in the lunch room. Urgent. In a hurry to catch a bite before the final bell would ring calling all the students back inside. I noticed that your eyes showed tension. There were faint creases in your forehead. And I asked you how your day was going and you sighed.
“Oh, fine,” you replied.
But I knew it was anything but fine. I noticed that the stress was getting to you. I could tell that the pressure was rising. And I looked at you and made an intentional decision to stop you right then and there. To ask you how things were really going. Was it that I saw in you a glimpse of myself that made me take the moment?
You told me how busy you were, how much there was to do. How little time there was to get it all done. I listened. And then I told you this:
I told you to remember that at the end of the day, it’s not about the lesson plan. It’s not about the fancy stuff we teachers make — the crafts we do, the stories we read, the papers we laminate. No, that’s not really it. That’s not what matters most.
And as I looked at you there wearing all that worry under all that strain, I said it’s about being there for your kids. Because at the end of the day, most students won’t remember what amazing lesson plans you’ve created. They won’t remember how organized your bulletin boards are. How straight and neat are the desk rows.
No, they’ll not remember that amazing decor you’ve designed.
But they will remember you.
Your kindness. Your empathy. Your care and concern. They’ll remember that you took the time to listen. That you stopped to ask them how they were. How they really were. They’ll remember the personal stories you tell about your life: your home, your pets, your kids. They’ll remember your laugh. They’ll remember that you sat and talked with them while they ate their lunch.
Because at the end of the day, what really matters is YOU. What matters to those kids that sit before you in those little chairs, legs pressed up tight under tables oft too small- what matters to them is you.
You are that difference in their lives.
And when I looked at you then with tears in your eyes, emotions rising to the surface and I told you gently to stop trying so hard- I also reminded you that your own expectations were partly where the stress stemmed. For we who truly care are often far harder on ourselves than our students are willing to be. Because we who truly care are often our own worst enemy. We mentally beat ourselves up for trivial failures. We tell ourselves we’re not enough. We compare ourselves to others. We work ourselves to the bone in the hopes of achieving the perfect lesson plan. The most dynamic activities. The most engaging lecture. The brightest, fanciest furnishings.
Because we want our students to think we’re the very best at what we do and we believe that this status of excellence is achieved merely by doing. But we forget- and often. Excellence is more readily attained by being.
Being available.
Being kind.
Being compassionate.
Being transparent.
Being real.
Being thoughtful.
Being ourselves.
And of all the students I know who have lauded teachers with the laurels of the highest acclaim, those students have said of those teachers that they cared.
You see, kids can see through to the truth of the matter. And while the flashy stuff can entertain them for a while, it’s the steady constance of empathy that keeps them connected to us. It’s the relationships we build with them. It’s the time we invest. It’s all the little ways we stop and show concern. It’s the love we share with them: of learning. Of life. And most importantly, of people.
And while we continually strive for excellence in our profession as these days of fiscal restraint and heavy top-down demands keep coming at us- relentless and quick. We need to stay the course. For ourselves and for our students. Because it’s the human touch that really matters.
It’s you, their teacher, that really matters.
So go back to your class and really take a look. See past the behaviors, the issues and the concerns, pressing as they might be. Look beyond the stack of papers on your desk, the line of emails in your queue. Look further than the classrooms of seasoned teachers down the hall. Look. And you will see that it’s there- right inside you. The ability to make an impact. The chance of a lifetime to make a difference in a child’s life. And you can do this now.
Right where you are, just as you are.
Because all you are right now is all you ever need to be for them today. And who you are tomorrow will depend much on who and what you decide to be today.
It’s in you. I know it is.
Fondly,
That Other Teacher Down the Hall
Two of my former Kindergarten students enjoying a quiet moment together at Campbelton Beach, P.E.I

BENGKEL PEMBINAAN MODUL KBAT SEKOLAH RENDAH PROGRAM DTP DAERAH SRI AMAN

Hari ini, 26 Februari 2014, saya dijemput sebagai penceramah bagi Bengkel Penyelarasan Modul KBAT Sekolah Rendah Peringkat PPD Sri Aman.  Bengkel ini diadakan di Bilik Mesyuarat Tiang Laju, PPD Sri Aman bermula dari jam 8.15 pagi - 5.00 petang. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan guru-guru sekolah rendah tentang KBAT bagi subjek-subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.  Penceramah-penceramah yang bersama saya untuk Bengkel ini ialah Puan Villa Lau dan Encik Stinli Muda yang merupakan JU KBAT Sejarah.  

Saya sendiri berkongsi tentang Falsafah, Prinsip dan Isu-isu KBAT, manakala Puan Villa Lau dan Encik Stinli Muda berkongsi tentang aras-aras KBAT (Mengaplikasi, Menganalisis, Menilai dan Mencipta).

Peserta-peserta bengkel ini adalah seramai 6 orang yang merupakan Guru Sumber.  Selepas berkongsi setiap aras, peserta diminta untuk menghasilkan soalan berdasarkan subjek masing-masing bagi aras yang dibincangkan. Peserta kemudiannya akan membentangkan soalan yang telah dihasilkan untuk dikongsikan bersama dan peserta diberi peluang untuk memberi pendapat masing-masing sekiranya terdapat cadangan penambahbaikan.  

Bagi sesiapa yang berminat, bahan-bahan ceramah dan hasil bengkel peserta saya kongsikan di bawah dan boleh dimuat turun.

BAHAN CERAMAH
FALSAFAH, PRINSIP DAN ISU-ISU KBAT 
Video 20th Century Education vs 21st Century Education

BAHAN CERAMAH ARAS KBAT


*Bahan ceramah Falsafah, Prinsip dan Isu-Isu KBAT adalah bahan yang disediakan oleh JU KBAT SAINS di RECSAM, Pulau Pinang.  Manakala Aras KBAT pula adalah modul daripada BPG bagi JU KBAT Sejarah. 

HASIL BENGKEL

ARAS
MATA PELAJARAN
MENGAPLIKASI
SAINS
MENGANALISIS
MATEMATIK
MENILAI
BAHASA MALAYSIA
SAINS
MENCIPTA
MATEMATIK

GALERI

Sesi bengkel bersama Guru Sumber Sekolah Rendah


Bersama Guru Sumber Bahasa Inggeris

Bersama Guru Sumber Sains & Matematik dan pegawai dari PPD Sri Aman









Penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Urus setia, Cik Huriah Yatim.
Penyampaian cenderahati dari Urus Setia kepada Puan Villa Lau

Penyampaian cenderahati dari Urus Setia kepada Puan Paine Anyie

Penyampaian cenderahati dari Urus Setia kepada Encik Stinli Muda

Semoga para peserta yang telah bersama dalam bengkel ini mendapat manfaat daripada perkongsian hari ini.  Saya memohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan dari segi penyampaian kami.  Sebarang komen penambahbaikan berkaitan ceramah yang disampaikan adalah amat dialu-alukan. 

Setinggi penghargaan buat Puan Villa Lau dan Encik Stinli Muda kerana telah berkongsi bahan-bahan KBAT Sejarah...  Tidak lupa juga kepada pihak urus setia kerana telah memberi kepercayaan dan layanan yang baik sepanjang bengkel ini berlangsung.

Terima kasih...





Sunday 23 February 2014

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


KESELURUHAN FALSAFAH BERPAKSIKAN KETUHANAN

“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”



WARGANEGARA MALAYSIA YANG BAIK


UNSUR ROHANI DAN EMOSI
  • Percaya dan patuh kepada Tuhan
  • Berilmu pengetahuan
  • Berakhlak mulia
  • Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan Negara
  • Berbakti dan member sumbangan kepada masyarakat dan Negara
  • Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek berikut:
  • Keyakinan kepada Tuhan
  • Kepercayaan beragama
  • Kemantapan jiwa 
  • Penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat 
  • Berbudi pekerti mulia
  • Berbakti dan berkorban 


UNSUR INTELEK


UNSUR JASMANI
Unsur intelek ini mengambilkira aspek berikut:
  • Hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran 
  • Daya pemikiran yang kreatif dan inovatif
  • Daya pemikiran yang lojik dan analisis
  • Ilmu yang bermanfaat
  • Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan

Ciri-ciri unsur  jasmani ialah:
  • Kecergasan fizikal dan kesihatan diri
  • Dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat


ETIKA PERGURUAN

3.1 Pengenalan

APAKAH ETIKA?


Ahli sosiologi terkenal, Raymond Baumhart (1968) bertanya beberapa ahli perniagaan, “Apakah makna etika bagi anda?” Antara jawapan yang diberi ialah:


Etika berasal daripada perkataan Greek “ethos‟ yang bermakna watak atau adat resam.
Adat resam masyarakat membentuk watak manusia. Kini istilah etika dikaitkan dengan kemoralan dimana individu dalam sesuatu masyarakat bertindak tertakluk kepada budi pekerti moral yang dipersetujui (Keith Goree, 1966). Memang sukar menentukan maksud „etika‟. Berikut ialah beberapa definisi etika:
  • Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (1995) mentakrif etika sebagai nilai-nilai yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan.
  • Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion.
  • Kamus Oxford (1994) mendefinisi etika sebagai prinsip moral.
  • Mackie (1977) mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu tindakan.
  • Velasquez, Andre, Shanks, dan Meyer (1987) mentaktif etika sebagai standard salah dan betul yang harus dilakukan manusia untuk memastikan keadilan.
  • Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentakrif etika sebagai satu set peraturan tingkah laku yang meletakkan apa yang harus dibuat dan jangan dibuat.
  • Dalam Islam, etika ialah tingkah laku baik yang dituntut al-Quran dan Hadith.

Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang “betul‟ dan “salah‟ dalam kehidupan seharian manusia.  Etika adalah penting, kerana ia menentukan tindak-tanduk manusia. Tanpa berpegang kepada suatu kod etika, segala usaha manusia akan gagal. 

3.2 Kod Etika Profesional
Perkhidmatan yang diberikan oleh golongan profesional seperti jurutera, doktor, arkitek, peguam, akauntan dan lain-lain amat penting dalam membangun dan mempertingkatkan kesejahteraan hidup sesuatu masyarakat. Dalam Bab 1 dinyatakan bahawa setiap profesion mempunyai kod etika yang tersendiri.
Adalah penting ahli-ahli sesuatu profesion memberikan perkhidmatan dengan penuh dedikasi, jujur dan amanah. Tidak dapat dinafikan bahawa ahli sesuatu profesion sentiasa berhadapan dengan berbagai-bagai dilema etika yang kalau tidak ditangani dengan baik akan menjejaskan imej dan profesion berkenaan.

Seorang profesional yang mempunyai kesedaran etika yang rendah akan mudah terjerumus dalam perbuatan salah laku (tidak beretika) seperti perbuatan mengambil rasuah, melakukan penipuan, pecah amanah, mementingkan diri sendiri
dan lain-lain. Contohnya, peguam yang melarikan duit klien atau akuantan mendedahkan maklumat perbadi kliennya. Kalau perbuatan ini berterusan dan berleluasa sudah pastilah masyarakat akan menanggung akibatnya. Oleh itu, pengetahuan dan penghayatan etika harus disemaikan dikalangan semua ahli sesuatu profesion. Kod etika merupakan garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek yang berkaitan dengan peraturan, peranan nilai, serta tingkahlaku profesion. 

3.3 Fungsi Kod Etika Profesional

Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai panduan mengawal selia tingakah laku ahli sesuatu profesion. Kod etika professional mempunyai EMPAT fungsi utama: (Lihat Rajah 3.1).

1. Pedoman:
  • Kod etika menggariskan standard tingkah laku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya bagi menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat.
  • Kod etika professional mengelaskan pelbagai perkara yang boleh dilakukan dan yang mana tidak boleh dilakukan.
  • Kod etika mengingatkan ahli-ahli mengenai tingkahlaku yang patut dipamerkan apabila berada di dalam sesuatu keadaan.
  • Secara tidak langsung, kod etika menentukan kerja ahli-ahli dijalankan dengan lebih baik dan teratur.


Rajah 3.1: Fungsi Etika Profesional

2. Pencegahan Dan Disiplin:
  • Kod etika digunakan badan-badan professional atau pihak tertentu (seperti Kerajaan) sebagai asas untuk menyiasat sebarang penyelewengan ahli-ahlinya
  • Berdasarkan aduan yang terima, penyiasatan dilakukan untuk menentukan sejauh manakah seorang ahli telah melanggar kod etika.
  • Secara tidak langsung, kod etika mendisiplin ahli-ahli supaya berpegang kepada prinsip yang dipersetujui oleh semua yang terlibat.

 3. Memelihara Maruah Profesion:
  • Kod etika memelihara maruah profesion dengan memberi imej positif kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi.
  • Masyarakat lebih yakin tentang sesuatu profesion jika terdapat kod etika yang menjelaskan tingkah laku yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan.
  • Kod etika merupakan satu panduan kepada ahlinya mempertahankan integriti profesion masing-masing yang menjelaskan bahawa setiap ahli perlu menggunakan pengetahuan yang dimilikinya untuk meningkatkan kesejahteraan manusia dengan memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada orang ramai.


4. Mengelakkan Berlakunya Konflik:
  • Kod etika dapat mengelakkan daripada berlakunya konflik dan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli sesuatu profesion atau pihak lain yang berkaitan. Jika seseorang ahli didakwa atau diragui oleh pihak tertentu tentang apa yang dilakukan, maka dia boleh menggunakan kod etika untuk menyokong tindakannya. Iaitu, meyakinkan yang terlibat bahawa perkara yang telah dia lakukan tidak salah disisi kod etika.

Ringkasnya, etika professional adalah untuk memberi inspirasi, galakan dan sokongan kepada ahlinya. Etika professional lebih menumpukan kepada dimensi perlakuan yang positif sebagai panduan tingkahlaku yang paling sesuai untuk diamalkan oleh seseorang profesional. Semua etika profesional yang diguna pakai diseluruh dunia dalam bidang-bidang seperti perubatan, guaman, perniagaan, perakuanan dan kejuruteraan mempunyai asas-asas etika yang sama. Ini kerana tujuan kod etika dibentuk adalah digunakan untuk diri dan masyarakat amnya.

3.4 Kod Etika Perguruan
Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demi memartabatkan profesion. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh guru. Kepentingan kod etika tidak dapat dinafikan lagi kerana adanya kod etika para guru dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seorang guru, Pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai guru kerana terdapat guru-guru yang masih melanggar tatasusila perguruan yang harus dielakkan. Di halaman depan Buku Persediaan Mengajar dipaparkan ikrar agar semua guru mamatuhi dan menjaga imej profesion.



3.5 Tatasusila Kod Etika Profesion Guru Malaysia

I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
  1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain.
  2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
  3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
  4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
  5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
  6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggitingginya 

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA
  1.  Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
  2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.
  3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
  4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
  5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar.
  6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.


III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
  1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.
  2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
  3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
  4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.
  5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
  6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik. 
IV. TANGGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION
  1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar.
  2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
  3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
  4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan
  5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
  6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

CATATAN:
Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengh dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

[sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia. http://www.moe.edu.my]


3.6 Perintah-Perintah Am Kerajaan
Guru sebagai pegawai perhidmatan awam tertakluk kepada Perintah-Perintah Am Kerajaan (Government General Orders) (Lihat Rajah 3.4). Perintah-Perintah Am terdiri daripada bab-bab berikut:
Bab A    : Lantikan dan Kenaikan Pangkat
Bab B    : Elaun-elaun dan Kemudahan dalam Perhidmatan
Bab C    : Cuti
Bab D   : Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
Bab E    : Rumah dan Bangunan Pejabat Kerajaan
Bab F    : Perubatan
Bab G   : Waktu Bekerja dan Lebih Masa
Tumpuan ialah kepada Bab D yang membincangkan perkara-perkara yang berkaitan kelakuan, tugas kawalan dan pengawasan tatatertib, prosedur tatatertib, hukuman, penahanan kerja dan penggantungan kerja, penamatan demi kepentingan awam dan pelbagai perkara yang lain.

(a)
Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya
(b)
Berkelakuan sedemikian cara mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya
(c)
Berkelakuan yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah:

(i)
Membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengantugas tugas awamnya hinggamenjejaskan kegunaannya sebagai pegawai awam; atau

(ii)
menggunakan kedudukan awamnya untuk faedahnya sendiri
(d)
Berkelakuan sedemikian hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam
(e)
Kurang cekap atau kurang berusaha
(f)
tidak jujur atau amanah
(g)
tidak bertanggungjawab
(h)
Membawa atau cuba membawa apa-apa pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong tuntutan berhubung dengan perkhidmatan sama ada tuntutan sendiri atau tuntutan anggota - anggota perkhidmatan awam yang lain
(i)
Ingkar Perintah atau berkelakuandengan apa - apa cara yang boleh ditafsirkan sebagai engkar perintah
(j)
Cuai dalam melaksanakan tugasnya


Perkara (a) hingga (j) di atas dengan jelas menghuraikan tingkah laku yang tidak seharusnya ditunjukkan oleh seorang pegawai yang bertanggungjawab dan berwibawa.



3.7 Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendefinisikan “Etika Kerja” sebagai panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga kementerian di tempat kerja massing-masing. Kementerian. Guru yang berkhidmat di bawah naungan Kementerian Pelajaran Malaysia tertakluk kepada etika kerja KPM. Pembentukan Etika Kerja KPM terbahagi kepada dua komponen utama:
  • Prinsip Etika Kerja
  • Nilai-nilai Etika Kerja


A) PRINSIP ETIKA KERJA
Etika Kerja yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berlandaskan LIMA prinsip yang utama (Lihat Rajah 3.4).

Rajah 3.4: Prinsip Etika Kerja Guru

1. Niat Yang Betul (Right Intentions)
Prinsip pertama, guru yang menjalankan kerjanya dengan “niat yang betul‟ akan memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi, matlamat dan objektif institusi serta agama dan negara. Amalan prinsip ini menyumbangkan kepada mutu pendidikan serta semua pihak berkepentingan.

2. Perlakuan yang baik (Good Behaviour)
Prinsip kedua, guru mesti melakukan tugas dengan sempurna ke arah mencapai hasil berkualiti samping memperbaiki imej profesion. Ia juga mestilah menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik sepanjang masa, sambil memberi layanan yang baik kepada pelanggan.

3. Penggerak ke arah kebaikan (Driving force towards Goodness)
Prinsip ketiga, guru hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Dia hendaklah menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju berdaya saing dan dapat mendorong orang lain melakukan kebaikan dan kemuliaan. Dia harus boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat dan berusaha ke arah menjadi pekerja yang terbaik dan cemerlang.

4. Memperkotakan apa yang dikata (Delivers what is Promised)
Prinsip keempat, guru hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikata. Justeru itu, ia hendaklah sentiasa menunjukkan ketekalan dalam pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain. Ia itu, menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.

5. Berdisiplin dan Beradab (Disciplined and Civil)
Prinsip kelima, guru hendaklah mengamalkan budaya berperaturan (mengikut peraturan), berdisiplin dan beradab (seperti terdapat dalam ajaran agama). Erti kata lain, guru sentiasa mematuhi peraturan dan arahan-arahan perkhidmatan dan mengamalkan tatacara kehidupan yang berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul selari dengan peraturan masyarakat.


B) NILAI-NILAI ETIKA KERJA
Cheryl Peppers dan Alan Briskin (2000) dalam buku mereka “Bringing your Soul to Work: An Everyday Practice” menyatakan bahawa telah satu gelombang pembaharuan yang mendesak unsur-unsur kerohanian di bawa ke tempat kerja. Kita
telah bincang dalam Bab 2, bahawa ahli-ahli falsafah seperti Al-Farabi, Confucius, Vivekananda, Plato dan Dewey telah menyebut pentingnya nilai-nilai murni diamalkan oleh pendidik di institusi-institusi pendidikan. Namun Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti TUJUH nilai utama yang menjadi teras dan fokus Etika Kerja (Lihat Rajah 3.5).

Rajah 3.5: Nilai-Nilai Etika Kerja Guru

1. Amanah (Trust)
Seorang warga pendidik hendaklah mempunyai sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya. Justeru itu, ia mestilah menjalankan tugas yang diberi dengan penuh tanggungjawab tanpa penyelewengan dan cuai. Seorang pendidik mempunyai sikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. Ia menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan tugas dalam tempoh yang ditetapkan serta tidak menggunakan masa kerja untuk urusan peribadi. Seorang guru juga hendaklah berdisiplin serta mengawal diri dan tidak melakukan sesuatu kerja yang membolehkan ia hilang kepercayaan orang lain terhadap dirinya. Bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa merupakan satu sifat amanah yang amat dituntut.

2. Benar (Truth)
Seseorang guru mestilah mempunyai niat dan perbuatan yang ikhlas serta benar. Ia mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi atau pun mengharapkan balasan. Guru mestilah bercakap benar dan menepati janji. Ia seharusnya bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat orang lain dengan tidak bersikap sombong atau angkuh. Seorang guru juga mesti memberi dan menerima arahan yang jelas dan tepat serta tidak mengelirukan. Ia boleh berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.

3. Bijaksana (Thoughtful)
Guru hendaklah menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam membuat
keputusan dan tindakan sesuai dengan masa serta keadaan. Ia haruslah menggunakan seluruh potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah. Guru mestilah berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti serta sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalismenya. Ia juga mestilah mempunyai fikiran yang rasional serta pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi.
4. Bersyukur (Thankful)
Guru hendaklah mempunyai perasaan dan perlakuan yang menghargai nikmat  dan pemberian yang diterimanya tanpa menganggap kejayaan sebagai hak dirinya. Ia mestilah bersedia memberi pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, dendam atau menabur fitnah. Seorang guru mempunyai sifat yang tenang dalam menghadapi masalah serta rela menerima kegagalan dan tidak mudah berputus asa. Ia seharusnya berpuas hati dengan nikmat yang diperolehinya seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan.

5. Dedikasi (Dedication)
Seorang guru hendaklah berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Maka, ia seharusnya bekerja tanpa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari helah. Dia sanggup berkorban demi kepentingan perkhidmatan, tekun, rajin dan bersikap positif dalam melaksanakan tugas dengan mendapat hasil yang berkualiti. Ia mestilah seorang yang sabar, bertanggungjawab, teliti, ceria, tidak cuai atau merungut dalam menjalankan tugas.

6. Ikhlas (Sincere)
Seseorang guru mestilah berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran. Dia menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat sekolah, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain. Seorang guru dapat memberi layanan yang baik, tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan tidak bersikap pilih kasih dalam menjalankan tugas. Ia haruslah bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka. Seorang guru juga seharusnya saling hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan diri.

7. Penyayang (Caring)
Seorang guru mestilah menghargai dan mengambil berat terhadap pelanggan. Dia mempunyai sifat pemaaf dan penyayang, tidak sombong dan suka meninggi diri. Guru seharusnya menganggap setiap orang mempunyai harga diri yang perlu dihormati tanpa sebarang prasangka buruk. Ia bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugas. Menjadikan sekolah sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan serta bersifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas seharian.


3.8 Isu-Isu Etika

Rajah 3.6: Beberapa Jenis Salah Laku Guru

Sering kali kita membaca dan mendengar di media tulis dan elektronik berkenaan salah laku guru (Lihat Rajah 3.6).

Masyarakat kini sudah peka dan mula memandang serius tentang tingkah laku guru kerana sedikit sebanyak menjejaskan profesion perguruan. Perlu ditegaskan bahawa peristiwa-peristiwa sedemikian hanya melibatkan segelintir daripada 450,000 guru di Malaysia.
a) Berniaga Di Sekolah
Terdapat kes-kes di mana bilik guru menjadi kawasan pernigaan. Ada antara guru yang ghairah berniaga sampai lupa dan mengabaikan tanggungjawab mereka. Ada pula guru yang menjalankan perniagaan dari boot kereta! Tindakan guru sedemikian menjejaskan imej profesion yang begitu mulia. Guru sepatutnya melaksanakan tangggungjawab sebagai pendidik di dalam bilik darjah dan bukan menjalankan perniagaan di sekolah. Amalan ini melanggar kod etika perguruan dan Perintah Am.

b) Kerja Sambilan
Sebahagian besar guru di Malaysia adalah pegawai kerajaan (kecuali guru di sekolah swasta) dan tertakluk kepada Perintah Am dan tatalaku. Oleh itu, guru perlu memohon kelulusan untuk membuat kerja sambilan. Kelulusan hanya akan diberikan jika kerja sambilan itu tidak bercanggah dengan dengan peraturan yang ditetapkan. Contohnya, kerja sambilan tidak itu tidak dilakukan pada waktu bekerja dan tidak menjejaskan tugas hakiki mereka. Kerja sambilan yang kerap dilakukan guru ialah mengadakan kelas tuisyen.
Guru mengadakan kelas tambahan untuk menambahkan pendapatan. Mengikut pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia (Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Berikut ialah garis panduan serta syarat meluluskan pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan:-
  • pemohon hendaklah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah disahkan dalam jawatan;
  • permohonan hendaklah sampai kepada Pihak Berkuasa Meluluskan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum khidmat tuisyen atau mengajar secara sambilan bermula;
  • pekerjaan luar sebagai guru tuisyen atau tenaga pengajar sambilan hendaklah tidak melebihi 4 jam seminggu;
  • pemohon hendaklah memperoleh markah prestasi tahunan yang tinggi iaitu bersamaan atau melebihi 80% bagi tahun yang sebelumnya;
  • pemohon adalah dilarang sama sekali melakukan khidmat tuisyen di dalam syarikat atau pusat tuisyen yang dimiliki oleh mana-mana ahli keluarga termasuk yang mana dikhuatiri mempunyai kepentingan peribadi;
  • pemohon dilarang sama sekali mengedar atau mempromosi pusat tuisyen atau seumpama dengannya, dengan sebarang bentuk cara termasuklah melalui risalah atau secara lisan kepada pelajar;
  • pemohon yang diluluskan dengan kebenaran hendaklah memberi khidmat tuisyen di pusat-pusat tuisyen yang berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing;
  • khidmat mengajar yang diberikan tidak mengganggu tugas rasmi pegawai sebagai guru dan dijalankan di luar waktu pejabat;
  • pemohon tidak dibenar menggunakan kemudahan peralatan pejabat untuk tujuan menjalankan aktiviti mengajar secara sambilan

[sumber: Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.1/2006]

c) Gangguan Seksual dan Rogol
Gangguan seksual di tempat kerja diertikan sebagai apa jua kelakuan berunsur seksual yang tidak diingini oleh mangsa dan boleh dianggap sebagai satu pencabulan maruah atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya (Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual Di Tempat Kerja 1999. Kementerian Sumber Manusia Malaysia). Gangguan seksual terdiri daripada gangguan secara lisan (seperti usikan atau gurauan berunsur seks), gangguan bukan lisan (seperti isyarat tangan yang membayangkan perlakuan seks) gangguan visual (menunjukkan bahan lucah), gangguan psikologi (seperti mengulangi jemputan yang tidak dilayani) dan gangguan fizikal (seperti sentuhan yang tidak diingini). Hubungan guru dan pelajar adalah suci dan seperti dibincangkan dalam Bab 2, guru berperanan sebagai “Pengganti Ibu Bapa”. Malangnya segelinter guru telah mengambil kesempatan dan melakukan jenayah yang sungguh kejam, iaitu merogol pelajar, termasuk murid sekolah rendah. Seperti kata pepatah “Harapkan pagar, pagar makan padi”. Bayangkan masa depan mangsa yang dirogol. Kemungkinan trauma yang dialami akan kekal sepanjang hayat hingga dewasa. Kanun Keseksaan Malaysia menjadikan sebarang hubungan seksual dengan individu di bawah umur 16 tahun sebagai rogol, sama ada dilakukan dengan kerelaan mangsa atau tidak. Ini juga disebut sebagai rogol statutori (statutory rape). Ini bermakna tidak kira apa juga alasan yang diberikan, jika didapati mangsa itu di bawah umur 16 tahun ketika hubungan seks itu dilakukan, maka ia adalah jenayah rogol. Sementara itu hukuman yang boleh dikenakan ke atas orang disabitkan kesalahan dengan jenayah rogol terdapat dalam Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu: "Barang siapa melakukan rogol hendaklah dihukum penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat."

d) Diskriminasi dan Layanan Tidak Adil
Diskriminasi secara ringkasnya berlaku apabila seorang pelajar itu dilayan dengan cara yang kurang menyenangkan oleh guru atau pihak pentadbiran sekolah. Kod etika perguruan menekankan bahawa;

“Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal-usul keluarga, intelek, akademik dan status-status lain”

Prinsip ini jelas bahawa guru yang beretika akan mengamalkan keadilan dan mewujudkan peluang pengajaran-pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang amat penting dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Foo Say Fooi 2005; Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheon, Zulkufli & Zakiah Noordin, 2012).

e) Mengabaikan Pelajar Pencapaian Akademik Rendah
Sistem pengaliran (streaming) diamalkan oleh sekolah-sekolah di mana pelajar ditempatkan ke kelas-kelas tertentu berdasarkan pencapaian akademik mereka. Ada sekolah yang mengamalkan sistem pengaliran dengan menagihkan pelajar berdasarkan pencapaian akademik. Contohnya, jika terdapat 7 kelas dalam Tahun Enam, pelajar ditempatkan dari kelas 1 hingga 7 berdasarkan pencapaian akademik mereka. Pelajar pencapaian tinggi akan ditempatkan di Kelas 1 manakala pelajar pencapaian akademik paling rendah ditempatkan di Kelas 7. Kadang kala, kelas-kelas ini diberikan nama-nama seperti “Anggerik‟, “Mawar‟, “Jujur‟, “Amanah‟ dan sebagainya. Apa nama yang berikan pun, warga sekolah mengetahui manakah kelas yang terdiri daripada pelajar pencapaian akademik rendah. Mungkin pelajar-pelajar ini tidak boleh membaca dan mengira pada tahap yang kehendaki walau pun sudah berada di Tahun Enam. Rasional kebanyakan sekolah mengamalkan sistem sedemikian adalah untuk memudahkan guru mengajar dan menangani masalah disiplin pelajar di dalam sesuatu kelas (Foo Say Fooi, 2005). Soalan yang timbul, ialah sama ada amalan ini berfaedah kepada pelajar. Kemungkinan pelajar yang ditempatkan dalam kelas yang pencapaian akademik rendah di sekolah rendah akan berada di kelas yang sama di sekolah menengah hingga Tingkatan 5. Bayangkan sikap, perasaan dan personaliti seorang individu yang ditempatkan bersama dengan pelajar-pelajar pencapaian akademik rendah selama 11 tahun! Apakah sikap guru yang mengajar pelajar-pelajar ini?

Walaupun seorang profesional itu terikat dengan undang-undang dan kod etika profesional, masih ramai di antara mereka melakukan amalan yang tidak sihat. Perbuatan-perbuatan yang tidak beretika jika tidak dibendung akan berleluasa hingga menjejaskan profesion perguruan dan persepsi masyarakat. Selain perlaksanaan undang-undang, amalan kepercayaan agamanya adalah sangat penting kerana ianya dianggap sebagai benteng utama dari melakukan perkara-perkara yang tidak beretika. 

RINGKASAN
  • Etika berasal daripada perkataan Greek „ethos‟ yang bermakna watak atau adat resam.
  • Etika merupakan salah satu bidang falsafah yang mengkaji tentang “betul‟ dan “salah‟ dalam kehidupan seharian manusia.
  • Kod etika professional adalah salah satu 'alat kawalan' sosial yang digunakan sebagai panduan mengawal selia tingakah laku ahli sesuatu profesion.
  • Seorang profesional yang mempunyai kesedaran etika yang rendah akan mudah terjerumus dalam perbuatan salah laku (tidak beretika)
  • Kod etika memberi satu gambaran positif tentang imej sesuatu profesion kerana setiap ahli terikat dengan satu standard etika yang tinggi.
  • Kod etika menggariskan standard tingkahlaku yang harus dipatuhi dan diamalkan sepenuhnya supaya kepentingan semua pihak terpelihara.
  • Guru hendaklah berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti.
  • Empat fungsi kod etika profesional ialah sebagai pedoman, memelihara profesion, mencegah & mendisiplin dan mengelakkan konflik.
  • Tatasusila kod etika perguruan terdiri daripada tanggungjawab terhadap pelajar, rakan sejawat, masyarakat dan ibu bapa.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendefinisikan “Etika Kerja” sebagai panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap warga kementerian di tempat kerja massing-masing.
  • Sebahagian besar guru di Malaysia adalah pegawai kerajaan (kecuali guru di sekolah swasta) dan tertakluk kepada Perintah Am dan tatalaku.
  • Sistem pengaliran (streaming) diamalkan oleh sekolah-sekolah dimana pelajar ditempatkan ke kelas-kelas tertentu berdasarkan pencapaian akademik mereka.
  • Gangguan seksual di tempat kerja diertikan sebagai apa jua kelakuan berunsur seksual yang tidak ingini oleh mangsa dan boleh dianggap sebagai satu pencabulan maruah atau penghinaan atau ancaman terhadap dirinya.


Sekiranya anda perlukan maklumat ini dalam bentuk PDF, sila klik link di bawah:

RUJUKAN
Baumhart, R. (1968). Ethics in Business. Boston: Holt, Rinehart & Winston. Boston

Malaysia Kita, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.

Nilai Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.

Kecemerlangan Pentadbiran (Dasar Dan Amalan Dalam Islam), Institut Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1991.

Kementerian Sumber Manusia. (1999). Kod Amalan Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual  Di Tempat Kerja.  Kuala Lumpur.

Laporan Seminar Etika Pengurusan, 13 Mac 1990, Institut Latihan Pengurusan Petronas, Bangi, Selangor.

Laporan Seminar Etika Profesion Pensyarah Dan Amalan Harian, 13 April 1987, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.

Laporan Seminar Kebangsaan Etika Professional, 20-21 Oktober 1992, Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Peppers, C. & Briskin, A. (2000). Berrett-Koehler Publishers (August 30, 2000)

Mohd. Janib Johari (2001). Etika Profesional. Johor Baru: Penerbit UTM Press.

Mackie, J (1977). Ethics: Inventing Right and Wrong., Viking Press,

Velasquez, M. & Andre. C., Shanks. T, & Meyer.M. (1987). Issues in Ethics IIE Vol.1 (1).