Sunday 13 November 2016

Ciri-Ciri Murid Abad ke-21

Pandangan Sekolah

  • Kemahiran pengurusan masa
  • Penyelesaian masalah
  • Pemikiran kritis
  • Kemahiran komunikasi
  • Keupayaan berinovasi
  • Berinterasi dalam kumpulan berbilang budaya
  • Kemahriran untuk menggabungkan TMK & pembelajaran
  • Kesedaran terhadap persekitaran

Pandangan Ibu Bapa
  • Nilai-nilai murni
  • Penyelesaian masalah
  • Keupayaan berinovasi
  • Kepimpinan dan tanggungjawab
  • Mempunyai inisiatif dan hala tuju kendiri
  • Pencapaian dalam sukan dan pendidikan
  • Berfikiran positif
  • Kemahiran Bersosial yang baik
  • Etika
  • Kerohanian

Pandangan Majikan
  • Keupayaan mengadaptasi dalam situasi berbeza
  • Bekerja dengan pasukan maya
  • Kreatif
  • Inovatif
  • Berfikiran kritis
  • Keupayaan untuk berfikiran ke hadapan dan merancang
  • Keupayaan menyelesaikan masalah
  • Bekerja dengan berbilang budaya
  • Celik IT

Negara
  • Kecekapan dwibahasa
  • Pengetahuan & celik teknologi maklumat
  • Etika
  • Kerohanian
  • Kemahiran berfikir
  • Identiti nasional
  • Kemahiran kepimpinan

Saturday 27 February 2016

UJIAN BULANAN 1 2016

Minggu depan, Ujian Bulanan 1 akan berlangsung selama seminggu di SMK Sri Aman. Cikgu nak ucapkan BUAT YANG TERBAIK buat semua murid yang disayangi.  Semoga dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik dan cemerlang. 

Di sini cikgu kongsikan tips peperiksaan untuk semua murid untuk diingatan bersama:

Tips Peperiksaan Untuk Pelajar


  1. Jangan belajar pada saat-saat akhir
  2. Ulang kaji pelajaran kamu setiap hari
  3. Siapkan jadual ulang kaji untuk setiap mata pelajaran
  4. Elakkan diri daripada belajar di tempat-tempat yang penuh dengan gangguan (contohnya: di hadapan televisyen)
  5. Pastikan kamu dapatkan rehat dengan cukup agar boleh fokus sewaktu menduduki peperiksaan.






Sunday 7 February 2016

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2016

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itikdaging salaisosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
(Sumber: wikipedia)

Selamat Tahun Baru Cina buat semua rakan dan murid yang menyambutnya.  Semoga tahun ini membawa nasib yang lebih baik kepada semua...bagi yang tidak menyambut, selamat bercuti!!!

Image result for happy chinese new year

Monday 25 January 2016

8 FAKTA MENGENAI ALVEOLUS

8 FAKTA MENGENAI ALVEOLUS

Alveolus adalah pundi kecil di dalam peparu kita yang merupakan tempat pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dalam sistem respirasi kita.  Dengan erti kata lain, ia membolehkan oksigen meresap masuk ke dalam kapilari darah dan karbon dioksida disingkirkan keluar melalui peparu kita.


FAKTA 1: PELBAGAI JENIS ALVEOLUS
Tahukah kamu terdpat pelbagai jenis alveolus di dalam badan? Tetapi kita biasanya menjelaskan perkataan ini sebagai pundi udara kecil di dlam peparu.  Kebanyakan mamalia mempunyai alveolus di dalam peparu.

FAKTA 2: ALVEOLUS PULMONARI
Apakah alveolus pulmonari? Ia boleh dijumpai di hujung saluran udara pada peparu.

FAKTA 3: CIRI-CIRI
Ia mempunyai dinding yang lembap, tetapi sangat nipis. Hanya setebal satu sel sahaja.  Kita boleh menjumpai banyak jaringan kapilari darah atau salur darah halus di sekeliling alveolus.

FAKTA 4: FUNGSI
Mamalia yang mempunyai alveolus dalam peparu boleh menikmati sistem respirasi yang hebat.  Ia membolehkan gas bergerak merentasi dan meresap ke permukaan alveolus.

FAKTA 5: PERNAFASAN
Kepekatan oksigen dalam sel darah merah adalah rendah berbanding kepekatan oksigen dalam alveolus apabila mamalia menarik nafas.  Begitu juga sebaliknya yang berlaku apabila mamalia menghembus nafas.

FAKTA 6:  KEPEKATAN KARBON DIOKSIDA
Mamalia menyedut masuk oksigen dan menghembus keluar karbon dioksida.  Kepekatan karbon dioksida lebih tinggi dalam sel darah merah berbanding alveolus.  Apabila mamalia menghembus nafas, karbon dioksida akan meninggalkan sel darah merah dan masuk ke dalam alveolus.

FAKTA 7: JUMLAH ALVEOLUS
Tahukah kamu jumlah alveolus dalam peparu manusia?  Kajian saintifik menyatakan bahawa kita mempunyai sekurang-kurangnya 480 juta alveolus dalam satu peparu!!!

FAKTA 8: JUMLAH LUAS PERMUKAAN

Jumlah luas permukaan alveolus di dalam peparu manusia ialah lebih kurang 75 meter persegi.  Jika alveolus manusia dibuka, keluasannya adalah sama dengan sebuah gelanggang tenis!!!  Luas permukaan yang besar ini membantu dalam meningkatkan kecekapannya dalam proses peresapan.

1.2 PENGANGKUTAN OKSIGEN DI DALAM BADAN MANUSIA

1.2 Pengangkutan Oksigen di dalam Badan Manusia

1.     Faktor-faktor yang membolehkan alveolus dapat melakukan pertukaran gas dengan cekap ditunjukkan dalam peta buih di bawah:


Peta Buih: Faktor-faktor mempengaruhi kecekapan alveolus dalam pertukaran gas


2.     Pergerakan oksigen dari alveolus ke dalam kapilari darah melibatkan resapan.

3.     Peresapan – pergerakan molekul oksigen daripada kawasan yang berkepekatan tinggi ke kawasan berkepekatan rendah.


4.     Oksigen meresap melalui dinding alveolus yang nipis dan melalui dinding kapilari darah masuk ke dalam darah.

5.     Dalam darah, oksigen bergabung dengan hemoglobin (sebatian merah gelap dalam sel darah merah) untuk membentuk oksihemoglobin.

Oksigen + Hemoglobin → oksihemoglobin


6.     Darah yang mengandungi oksihemoglobin diangkut daripada peparu ke seluruh badan.
7.     Oksihemoglobin ialah sebatian yang tidak stabil dan berwarna merah cerah.  Ia terurai / terpisah dan membebaskan oksigen di mana oksigen berkepekatan rendah.

Oksihemoglobin → oksigen + hemoglobin


8.     Sel-sel yang berdekatan dengan kapilari darah biasanya mempunyai kepekatan oksigen yang rendah.Jadi oksihemoglobin terurai kepada haemoglobin dan oksigen.  Oksigen akan meresap melalui kapilari darah ke dalam sel.




1.1 Mekanisme Pernafasan Manusia

1.1 Mekanisme Pernafasan Manusia

1.     Rajah di bawah menunjukkan sistem respirasi manusia.



2.     Sistem respirasi manusia terdiri daripada struktur dalam peta bulatan di bawah:
 


3.     Peta alir di bawah menunjukkan laluan udara yang masuk ke dalam peparu.

4.     Tarikan nafas
a.     Semasa menarik nafas, otot interkosta luar mengecut dan otot interkosta dalam mengendur.
b.     Tulang rusuk bergerak ke atas dan ke luar.
c.     Pada masa yang sama, diafragma mengecut dan menjadi rata
d.     Isipadu rongga toraks bertambah.  Dengan ini, tekanan udara di dalamnya berkurang.
e.     Tekanan atmosfera yang tinggi di luar menolak udara masuk ke dalam peparu.
f.      Pertukaran gas berlaku di dalam alveolus.


5.     Hembusan nafas
a.     Semasa menghembus nafas, otot interkosta luar mengendur dan otot interkosta dalam mengecut.
b.     Tulang rusuk bergerak ke bawah dan ke dalam.
c.     Pada masa yang sama, diafragma mengendur dan melengkung ke atas.
d.     Isipadu rongga toraks berkurang.  Dengan ini, tekanan udara di dalamnya bertambah.
e.     Tekanan atmosfera yang tinggi di dalam toraks menolak udara ke luar daripada peparu.

6.     Jadual di bawah menujukkan perbandingan antara tarikan nafas dengan hembusan nafas.



7.     Mekanisme penarikan dan penghembusan nafas boleh ditunjukkan menggunakan model sistem respirasi manusia seperti di bawah:







Monday 18 January 2016

TEMPLATE RANCANGAN MENGAJAR HARIAN SAINS MENENGAH RENDAH

Tugas harian kita sebagai pendidik ialah merancang pengajaran harian sebelum p&p berlangsung. Kadang-kadang disebabkan kesibukan, kita mengambil masa yang lama untuk menyediakan RPH masing-masing.
Image result for science lesson plans clip art

Di sini saya ingin kongsikan template RPH Sains MR untuk kegunaan rakan-rakan yang berminat. 
Walaupun tidak sehebat e-rancangan mengajar, saya sangat berbesar hati dapat berkongsi template ini.  

Rakan-rakan guru boleh mengguna pakai atau menambahbaik RPH ini mengikut kesesuaian masing-masing.  Template ini amat mudah diguna bersama Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah saya kongsikan sebelum ini.

Rakan-rakan hanya perlu copy dan paste sahaja RPT pada bahagian 
  • tema
  • bidang pembelajaran
  • objektif pembelajaran
  • aktiviti pembelajaran
  • hasil pembelajaran
  • band
  • deskriptor


------> RPH anda sudahpun siap!
Klik pautan di bawah untuk muat turun template tersebut:

TEMPLATE RPH SAINS MR (Microsoft Word)



RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS 2016

Salam sejahtera..

Sekarang dah masuk minggu ketiga kita berada dalam tahun 2016.  Para pendidik mesti ramai dah yang lengkap dengan RPT bagi subjek masing-masing. 

Image result for science lesson plans clip art

Di sini ingin saya kongsikan RPT Sains bagi Tingkatan 1, 2 dan 3 yang telah siap dikemaskini berdasarkan takwim sekolah saya.  
Kelebihan RPT ini ialah ia telahpun digabung dengan PPPM dan HSP.  
Bagi yang ingin memuat turun amatlah dialu-alukan.

Sila klik pada pautan di bawah untuk memuat turun:
RPT Sains Tingkatan 3

Selamat menjalankan tugas masing-masing..

SELAMAT TAHUN BARU 2016

Sedar tak sedar…rupa-rupanya dah setahun lebih dah saya tak menulis blog ni disebabkan oleh kesibukan yang tak dapat dielakkan…mohon maaf kerana lama tidak mengemaskini blog saya ini.

Memandangkan tahun ni saya dah kurang sikit beban tugas di sekolah, saya berazam nak mula menulis lagi jika ada masa terluang…

Image result for tahun baru

Kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2016 kepada semua pelawat dan pembaca blog saya selama ini..

Semoga tahun ini kita dapat mengorak langkah ke hadapan untuk meneroka, mengembara dan menggapai kejayaan dalam setiap laluan yang kita pilih.