Thursday 15 May 2014

Selamat Hari Guru 2014


Kenapa Hari Guru perlu diraikan?
Guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang pelajar ataupun murid.  Oleh itu, kerajaan Malaysia telah memilih 16 Mei setiap tahun untuk menyambut Hari Guru  sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.  Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. 
Tema Hari Guru tahun ini ialah "Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi".

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar pendidik ataupun yang mendidik.  Khasnya bagi semua guru yang telah mencurahkan ilmu sepanjang saya berada di alam persekolahan dari tadika hingga ke institut pengajian tinggi....tidak lupa juga buat ibu, ayah, abang dan kakak tersayang kerana anda juga adalah "guru" bagi saya di atas segala ilmu yang telah dikongsikan selama ini. 
Semoga semua warga pendidik akan terus mencurahkan ilmu serta memberikan bimbingan yang terbaik untuk membentuk peribadi mulia di kalangan anak-anak bangsa kita.  Jasa dan bakti kalian akan dikenang sepanjang masa...

Di bawah dikongsikan ucapan-ucapan hari guru buat semua guru...















Monday 12 May 2014

Selamat Hari Ibu

IBU dari dakapan pertama
Kelahiranku ke dunia.. 
Engkau lebih menyediakan
Ruang yang penuh kasih sayang
Sentiasa membelai mesra
IBU kau memahami ku di setiap waktu
Bertahun kita dipisahkan
Menjalani hidup yang berasingan
IBU andai belum kau dengari
Bisikan kecil di hati..
Ingin ku mengucapkannya
KAU ku kasihi..
KAU lah segalanya!! 



Happy Mother's Day to all the mothers out there..

Selamat Hari Wesak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kepada semua penganut Buddha...




Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
  • Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
  • Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
  • Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.
Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

Good Friday dan Hari Easter

Post ni dah lama saya nak share..cuma belum ada kesempatan lagi. So since saya dah ada sedikit masa terluang, saya ambik peluang untuk publish tentang Good Friday dan Hari Easter.  Walaupun saya kurang arif dalam perkara ini, semoga info yang dikongsikan dapat memberi sedikit maklumat tentang hari yang dimaksudkan...

Good Friday ataupun Jumaat Agung adalah Hari Jumaat sebelum Minggu Paskah dan merupakan cuti umum bagi penduduk Sabah dan Sarawak.  


Good Friday adalah hari di mana penganut Kristian memperingati Tuhan Yesus Kristus telah disalibkan dan mati di Golgota.

Hari Easter merupakan hari di mana Yesus Kristus telah dibangkitkan pada hari Ahad seterusnya.  
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. 
Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan.