Thursday 15 May 2014

Selamat Hari Guru 2014


Kenapa Hari Guru perlu diraikan?
Guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang pelajar ataupun murid.  Oleh itu, kerajaan Malaysia telah memilih 16 Mei setiap tahun untuk menyambut Hari Guru  sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.  Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. 
Tema Hari Guru tahun ini ialah "Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi".

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar pendidik ataupun yang mendidik.  Khasnya bagi semua guru yang telah mencurahkan ilmu sepanjang saya berada di alam persekolahan dari tadika hingga ke institut pengajian tinggi....tidak lupa juga buat ibu, ayah, abang dan kakak tersayang kerana anda juga adalah "guru" bagi saya di atas segala ilmu yang telah dikongsikan selama ini. 
Semoga semua warga pendidik akan terus mencurahkan ilmu serta memberikan bimbingan yang terbaik untuk membentuk peribadi mulia di kalangan anak-anak bangsa kita.  Jasa dan bakti kalian akan dikenang sepanjang masa...

Di bawah dikongsikan ucapan-ucapan hari guru buat semua guru...















No comments:

Post a Comment