Thursday 15 May 2014

Selamat Hari Guru 2014


Kenapa Hari Guru perlu diraikan?
Guru merupakan insan terpenting selepas ibu bapa dalam kehidupan seseorang pelajar ataupun murid.  Oleh itu, kerajaan Malaysia telah memilih 16 Mei setiap tahun untuk menyambut Hari Guru  sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.  Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu. 
Tema Hari Guru tahun ini ialah "Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi".

Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar pendidik ataupun yang mendidik.  Khasnya bagi semua guru yang telah mencurahkan ilmu sepanjang saya berada di alam persekolahan dari tadika hingga ke institut pengajian tinggi....tidak lupa juga buat ibu, ayah, abang dan kakak tersayang kerana anda juga adalah "guru" bagi saya di atas segala ilmu yang telah dikongsikan selama ini. 
Semoga semua warga pendidik akan terus mencurahkan ilmu serta memberikan bimbingan yang terbaik untuk membentuk peribadi mulia di kalangan anak-anak bangsa kita.  Jasa dan bakti kalian akan dikenang sepanjang masa...

Di bawah dikongsikan ucapan-ucapan hari guru buat semua guru...















Monday 12 May 2014

Selamat Hari Ibu

IBU dari dakapan pertama
Kelahiranku ke dunia.. 
Engkau lebih menyediakan
Ruang yang penuh kasih sayang
Sentiasa membelai mesra
IBU kau memahami ku di setiap waktu
Bertahun kita dipisahkan
Menjalani hidup yang berasingan
IBU andai belum kau dengari
Bisikan kecil di hati..
Ingin ku mengucapkannya
KAU ku kasihi..
KAU lah segalanya!! 



Happy Mother's Day to all the mothers out there..

Selamat Hari Wesak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kepada semua penganut Buddha...




Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
  • Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.
  • Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.
  • Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.
Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.
Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
  1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
  2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
  3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

Good Friday dan Hari Easter

Post ni dah lama saya nak share..cuma belum ada kesempatan lagi. So since saya dah ada sedikit masa terluang, saya ambik peluang untuk publish tentang Good Friday dan Hari Easter.  Walaupun saya kurang arif dalam perkara ini, semoga info yang dikongsikan dapat memberi sedikit maklumat tentang hari yang dimaksudkan...

Good Friday ataupun Jumaat Agung adalah Hari Jumaat sebelum Minggu Paskah dan merupakan cuti umum bagi penduduk Sabah dan Sarawak.  


Good Friday adalah hari di mana penganut Kristian memperingati Tuhan Yesus Kristus telah disalibkan dan mati di Golgota.

Hari Easter merupakan hari di mana Yesus Kristus telah dibangkitkan pada hari Ahad seterusnya.  
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. 
Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan.







Monday 28 April 2014

Professional Learning Community (PLC)

Pada 11 November 2013 yang lepas, saya telah menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang: Professional Learning Community (PLC) di Grand Borneo Hotel, Sabah.  
Banyak input yang telah diperolehi sepanjang kursus tersebut.  Walau bagaimanapun saya belum mempunyai waktu untuk berkongsikannya sebelum ini.  Saya bercadang untuk berkongsi berkaitan PLC ini bersama guru-guru di sekolah saya pada bulan Julai 2014 nanti. Sebelum itu, izinkan saya untuk berkongsi sedikit berkaitan dengan PLC bagi pembaca blog atau individu yang mencari bahan berkaitan dengan PLC.

APA ITU PLC?

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.

LATAR BELAKANG

PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada 

  • menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
  • membina hubungan yang berkualiti
  • mempunyai program yang sangat berfokus
  • menggerakkan sumber-sumber sedia ada
  • berkongsi kepimpinan
PRINSIP ARAS PLC
  • memastikan pembelajaran murid
  • budaya kolaborasi
  • fokus kepada pencapaian

ENAM DIMENSI PLC
  • Kongsi kepimpinan
  • kongsi nilai dan visi
  • pembelajaran kolektif dan aplikasi
  • kongsi amalan peribadi
  • struktur
  • hubungan
STRATEGI PLC 2013
PLC 2013 berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  5 strategi tersebut adalah seperti berikut:
  • Lesson Study
  • Peer Coaching
  • Learning Walk
  • Teacher Sharing Session
  • Video Critique
Deskripsi bagi setiap strategi di atas adalah seperti di bawah:

Strategi PLC
Deskripsi
Belajar Secara Berjalan
Learning Walks
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik.
Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
Peer Coaching/ Instructional Coaches
Secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle)
Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian
Lesson Study
Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran /  memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.
Sesi Perkongsian Guru
Teacher Sharing Sessions
Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik
Kajian Video Pengajaran Guru
Video Critiques of Teaching Moments
Menonton dan berbincang klip video pengajaran guru
Bahan-bahan PLC boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:


Sunday 27 April 2014

TIMSS dan PISA

    APAKAH TIMSS  DAN PISA?
 
    TIMSS merujuk kepada Trends in Mathematics and Science Study. Kajian ini dijalankan oleh International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA).

PISA merujuk kepada Programme for International Student Assessment. PISA dikelola oleh Organization for Economic Cooperation and Development (OECD), sebuat organisasi dibawah NCES dan berpusat di US.

Kedua-duanya merupakan pentaksiran peringkat antarabangsa yang merupakan instrumen yang digunakan sebagai penanda aras kualiti pendidikan Sains, Matematik dan Bacaan. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menyasarkan pada tahun 2015, Malaysia mencapai sekurang-kurangnya purata antarabangsa dalam pentaksiran berkenaan. Menjelang tahun 2025 pula, PPPM menyasarkan agar Malaysia berada pada kedudukan satu pertiga teratas dalam kedua-dua pentaksiran TIMSS dan juga PISA.

Dalam usaha merealisasikan hasrat PPPM, Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sains dan Matematik dibangunkan dengan berteraskan pembentukan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). 

APAKAH KBAT?
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Peningkatan KBAT dalam kalangan murid adalah kritikal bagi memastikan murid dapat menjawab soalan TIMSS dan PISA dengan baik. Dapatan TIMSS dan PISA jelas menunjukkan murid di Malaysia lemah dalam domain kognitif yang melibatkan KBAT seperti menaakul, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
 

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bagi Sains dan Matematik boleh dimuat turun dari pautan di bawah:





Sunday 6 April 2014

Program i-THINK

Program i-THINK ialah satu program yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif.

Program i-THINK diperkenalkan kerana hasil dapatan melalui kajian telah menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di kalangan guru dan murid di Malaysia adalah amat rendah.  

Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, negara kita Malaysia, perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi. Untuk mencapai matlamat ini, program i-THINK telah diperkenalkan oleh kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM).  Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang.

Sebagai salah seorang JU KBAT Sains yang telah didedahkan dengan i-THINK semasa program latihan JU KBAT Sains di RECSAM, Pulau Pinang pada September 2013 yang lepas, saya ingin berkongsi sedikit berkaitan dengan program i-THINK. 

Terdapat 8 peta pemikiran yang kita boleh gunakan dalam i-THINK iaitu:



Sekiranya anda memerlukan bahan untuk persembahan PowerPoint, anda boleh download dengan mengklikkan muka depan power point di bawah:



Sekiranya anda perlukan rujukan yang lebih mantap, adalah disarankan anda untuk melawat laman web di bawah:



Di sini saya turut kongsikan nota Sains Tingkatan 3 Bab 4: PEMBIAKAN yang menggunakan i-THINK.  Sila klik nota di bawah untuk muat turun.


 Terima kasih :)




  

Thursday 3 April 2014

Buku Pentaksiran KBAT

Keadaan dunia yang sentiasa berubah dan mencabar pada masa kini, menuntut para murid kita bukan hanya membina kapasiti dari aspek pengetahuan semata-mata tetapi juga membina pemikiran aras tinggi seperti pemikiran sistematik, penyelesaian masalah dan membuat keputusan berdasarkan analisis  situasi secara kritis.


Sehubungan itu, pembangunan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) adalah amat penting untuk membolehkan murid membuat anjakan dari pengetahuan serta kemahiran kepada tindakan sebagai rakyat yang bertanggungjawab tanpa mengira peranan dalam masyarakat.

Bagi sesiapa yang berminat, buku Pentaksiran KBAT boleh dimuat turun dengan mengklikkan pada imej buku muka depan buku tersebut di bawah...


TERKINI! Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil 1/2014: Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Surat Pekeliling Lembaga Peperiksaan Bil. 1/2014: Penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Surat Pekeliling ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan tentang penambahbaikan dalam pelaksanaa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula 1 April 2014 di semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan termasuk sekolah swasta yang menggunakan kurikulum kebangsaan. 

Sila klik DI SINI untuk mendapatkan surat pekeliling tersebut.

Antara yang dihighlightkan dalam surat pekeliling tersebut ialah….


4.       Bagi memantapkan pelaksanaan PBS, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melaksanakan kajian semula serta melakukan penambahbaikan terhadap pelaksanaannya agar menjadi lebih mesra guru.  Berdasarkan kajian semula ini, maka penambahbaikan dalam pelaksanaan PBS adalah seperti berikut:

4.1 Dokumen Standard Prestasi (DSP)

a. DSP diganti menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang lebih fleksibel bagi membantu guru untuk memberi foKus terhadap P&P serta merancang pentaksiran yang sesuai untuk murid.

Oleh yang demikian, di bawah ini adalah Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid bagi sekolah menengah dan sekolah rendah.  Guru yang berminat boleh klik untuk download.

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID
SEKOLAH MENENGAH
SEKOLAH RENDAH



Untuk subjek Sains Sekolah Menengah pula, guru boleh download dari sini:

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID BAGI SUBJEK SAINS SEKOLAH MENENGAH



Wednesday 2 April 2014

Appreciation

This morning i just received this from Google..this quote really meaningful for me...so i decided to share it with all...

Sunday 23 March 2014

Program Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran

Pada tahun ini, saya telah ditugaskan untuk mencerap 6 orang guru di bawah Program Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran.  Untuk makluman, semua guru perlu dicerap pada atau sebelum 28 Mei 2014, iaitu sebelum Cuti Penggal Pertama Persekolahan 2014Oleh yang demikian, saya telah menyediakan Surat Memo Pencerapan dan Tentatif Jadual Program Pencerapan P&P   kepada semua guru di bawah seliaan saya bagi memastikan program ini dilaksanakan dengan terancang.  

Sekiranya anda memerlukan contoh memo tersebut sila klik link di bawah:
Memo Pencerapan 2014 (Puan Paine Anyie)

Jadual yang saya sediakan adalah seperti di bawah:


Bil
Pegawai
Cadangan Tarikh Pencerapan
Catatan
1
Puan Lee Siaw Chin
7 Februari 2014 (Jumaat)

2
Puan Siti Kasmanizan binti Mat Daud
21 Februari 2014 (Jumaat)

3
Puan Lydia Najihah binti Tuk Abdullah
28 Februari 2014 (Jumaat)

4
Cik Norhasmera binti Zakari
7 Mac 2014 (Jumaat)

5
Encik Yein @ Ian anak Bilun
14 Mac 2014 (Jumaat)

6
Puan Sarah anak Anchah
11 April (Jumaat)


Hasil pencerapan akan saya kongsikan tanpa memaklumkan nama guru dan juga markah. Saya hanya akan highlightkan apa yang menarik sepanjang proses P&P berlangsung untuk dikongsikan bersama.  

Pada 21 Februari 2014 yang lepas, saya telah mencerap seorang guru dari sekolah saya sendiri.  Guru tersebut mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam sebuah kelas Tingkatan 3.  Walaupun saya sebenarnya bukan pakar dalam bidang bahasa, namun saya akur dengan jadual agihan pencerapan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.  Jadi saya menggunakan peluang ini untuk belajar dan berkongsi dengan guru tersebut lebih kepada 'coaching and mentoring'.  Walaupun guru ini masih baru dari segi pengalaman, beliau mampu mencari kelainan dalam P&P beliau.  Hari ini beliau mengajar topik Peribahasa. Aktiviti yang beliau gunakan bagi saya memang menarik kerana beliau menggunakan kaedah di mana murid melukis peribahasa tersebut dan minta rakan dari kumpulan lain untuk meneka maksud peribahasa tersebut. Apabila murid menggunakan kaedah tersebut, saya teringatkan permainan komputer yang sedang hangat pada masa sekarang iaitu Guess Your Emoji.  

Secara keseluruhan, P&P menarik dan dapat melibatkan murid secara aktif sepanjang P&P.  Semoga terus berjaya buat guru tersebut.


Please pray for the passenggers, SAR team for MH370



MISSING MH370: 'Pray for passengers, SAR team'


BE UNITED: Nation moved by efforts made by many to find plane, says Muhyiddin
 KAJANG: DEPUTY Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin  yesterday called on all Malay- sians to unite and pray for the safety of those aboard Malaysia Airlines flight MH370, as well as members of the search-and-rescue (SAR) operation.
"We are moved by the contributions and sacrifices made by those involved in the SAR operation, whether they are from Malay-sia or other countries. They have devoted their time and energy to find and locate the missing aircraft and those on board.
"Let us pray together for the safety of those aboard the missing plane and members of the SAR team with the hope that they can find MH370 soon."
Muhyiddin, who is also education minister, said this at a Parents and Community Involvement Programme at SMK Tinggi Kajang here yesterday.
He said the announcement by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on the updates of the SAR operation on Saturday had given new hope to everyone, especially family members and loved ones of the crew and passengers.
"We sympathise with them and are concerned. The only thing we can do is offer our prayers, regardless of whether we are Muslim, Christian, Hindu or Buddhist.
"We understand the unsettling feelings (that the families of the passengers) are going through. Let us pray so that the missing aircraft can be located soon."
Muhyiddin said the country was grateful and overwhelmed by the assistance received from other nations that had joined the SAR operation.
"Nations that had received assistance and acknowledged our contributions in the past had called on the prime minister to express their concern and offer their assistance."

Read more: MISSING MH370: 'Pray for passengers, SAR team' - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/font-color-red-missing-mh370-font-pray-for-passengers-sar-team-1.516955#ixzz2wngAVg1j