Sunday 23 March 2014

Program Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran

Pada tahun ini, saya telah ditugaskan untuk mencerap 6 orang guru di bawah Program Pencerapan Pengajaran dan Pembelajaran.  Untuk makluman, semua guru perlu dicerap pada atau sebelum 28 Mei 2014, iaitu sebelum Cuti Penggal Pertama Persekolahan 2014Oleh yang demikian, saya telah menyediakan Surat Memo Pencerapan dan Tentatif Jadual Program Pencerapan P&P   kepada semua guru di bawah seliaan saya bagi memastikan program ini dilaksanakan dengan terancang.  

Sekiranya anda memerlukan contoh memo tersebut sila klik link di bawah:
Memo Pencerapan 2014 (Puan Paine Anyie)

Jadual yang saya sediakan adalah seperti di bawah:


Bil
Pegawai
Cadangan Tarikh Pencerapan
Catatan
1
Puan Lee Siaw Chin
7 Februari 2014 (Jumaat)

2
Puan Siti Kasmanizan binti Mat Daud
21 Februari 2014 (Jumaat)

3
Puan Lydia Najihah binti Tuk Abdullah
28 Februari 2014 (Jumaat)

4
Cik Norhasmera binti Zakari
7 Mac 2014 (Jumaat)

5
Encik Yein @ Ian anak Bilun
14 Mac 2014 (Jumaat)

6
Puan Sarah anak Anchah
11 April (Jumaat)


Hasil pencerapan akan saya kongsikan tanpa memaklumkan nama guru dan juga markah. Saya hanya akan highlightkan apa yang menarik sepanjang proses P&P berlangsung untuk dikongsikan bersama.  

Pada 21 Februari 2014 yang lepas, saya telah mencerap seorang guru dari sekolah saya sendiri.  Guru tersebut mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dalam sebuah kelas Tingkatan 3.  Walaupun saya sebenarnya bukan pakar dalam bidang bahasa, namun saya akur dengan jadual agihan pencerapan yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.  Jadi saya menggunakan peluang ini untuk belajar dan berkongsi dengan guru tersebut lebih kepada 'coaching and mentoring'.  Walaupun guru ini masih baru dari segi pengalaman, beliau mampu mencari kelainan dalam P&P beliau.  Hari ini beliau mengajar topik Peribahasa. Aktiviti yang beliau gunakan bagi saya memang menarik kerana beliau menggunakan kaedah di mana murid melukis peribahasa tersebut dan minta rakan dari kumpulan lain untuk meneka maksud peribahasa tersebut. Apabila murid menggunakan kaedah tersebut, saya teringatkan permainan komputer yang sedang hangat pada masa sekarang iaitu Guess Your Emoji.  

Secara keseluruhan, P&P menarik dan dapat melibatkan murid secara aktif sepanjang P&P.  Semoga terus berjaya buat guru tersebut.


2 comments:

  1. Tak pernah pulak dengar Guess Your Emoji..nk cari la lepas ni ;)

    ReplyDelete
  2. Hi..so cikgu dah dapat cari tak Guess Your Emoji tu? Bagi saya sendiri, permainan jenis ini memang sangat sesuai untuk digunakan dalam P&P supaya menjadi lebih menarik dan berpusatkan murid, cuma kita kena improvised sikit ikut topik atau subjek masing-masing... ;)

    ReplyDelete