Monday 28 April 2014

Professional Learning Community (PLC)

Pada 11 November 2013 yang lepas, saya telah menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang: Professional Learning Community (PLC) di Grand Borneo Hotel, Sabah.  
Banyak input yang telah diperolehi sepanjang kursus tersebut.  Walau bagaimanapun saya belum mempunyai waktu untuk berkongsikannya sebelum ini.  Saya bercadang untuk berkongsi berkaitan PLC ini bersama guru-guru di sekolah saya pada bulan Julai 2014 nanti. Sebelum itu, izinkan saya untuk berkongsi sedikit berkaitan dengan PLC bagi pembaca blog atau individu yang mencari bahan berkaitan dengan PLC.

APA ITU PLC?

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.

LATAR BELAKANG

PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di seluruh negara.
PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan kepada 

  • menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru
  • membina hubungan yang berkualiti
  • mempunyai program yang sangat berfokus
  • menggerakkan sumber-sumber sedia ada
  • berkongsi kepimpinan
PRINSIP ARAS PLC
  • memastikan pembelajaran murid
  • budaya kolaborasi
  • fokus kepada pencapaian

ENAM DIMENSI PLC
  • Kongsi kepimpinan
  • kongsi nilai dan visi
  • pembelajaran kolektif dan aplikasi
  • kongsi amalan peribadi
  • struktur
  • hubungan
STRATEGI PLC 2013
PLC 2013 berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.  5 strategi tersebut adalah seperti berikut:
  • Lesson Study
  • Peer Coaching
  • Learning Walk
  • Teacher Sharing Session
  • Video Critique
Deskripsi bagi setiap strategi di atas adalah seperti di bawah:

Strategi PLC
Deskripsi
Belajar Secara Berjalan
Learning Walks
Berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus yang spesifik.
Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
Peer Coaching/ Instructional Coaches
Secara sistematik memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran pra konferens, pemerhatian dan pasca-konferens (pre-conference, observation, post-conference cycle)
Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian
Lesson Study
Sekumpulan guru secara usaha sama membina satu rancangan pengajaran; diikuti dengan pengajaran /  memerhatikan pengajaran, membuat penambahbaikan semasa sesi pengajaran.
Sesi Perkongsian Guru
Teacher Sharing Sessions
Sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk berkongsi amalan pengajaran terbaik
Kajian Video Pengajaran Guru
Video Critiques of Teaching Moments
Menonton dan berbincang klip video pengajaran guru
Bahan-bahan PLC boleh dimuat turun daripada pautan di bawah:


No comments:

Post a Comment