Thursday 20 February 2014

Cara-Cara Memperbaiki Kualiti Udara

(a)     Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap
Pihak berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan aktiviti membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis asap pada cerobong kilang masing-masing.  Ini adalah bagi memastikan tiada bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang dan juga mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.
Pemasangan penapis mampu mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara
(b)  Menggunakan bahan api tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara seperti karsinogen.  Walaupun petrol tanpa plumbum ini lebih mahal berbanding petrol berplumbum, namun sekiranya kesemua kita mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh bekerjasama mengurangkan pencemaran.




(c)  Membina dan menggunakan kereta berkuasa elektrik
Penggunaan kereta berkuasa elektrik atau kereta hibrid mampu dan berkesan menjimatkan kos penggunaan bahan api dan pada masa yang sama ia hanya menghasilkan asap toksik pada tahap rendah.  Sungguhpun kereta hibrid mahal, namun untuk jangka masa panjang kereta ini mampu menjimatkan wang anda dari segi kos penggunaan bahan api yang semakin meningkat.    
Malaysia juga sedang mengeluarkan kereta hibrid 

       (d) Larangan merokok di tempat awam
        Perokok pasif jauh lebih berbahaya dari yang kita fikirkan.  Kajian menunjukkan bahawa perokok pasif 16 kali lebih berbahaya daripada terdedah kepada bahan pencemar udara yang lain.  Hal ini disebabkan asap rokok dapat meningkatkan jumlah partikel halus di udara yang berbahaya berkali-kali lipat banyaknya.  Oleh itu, sangat penting untuk mematuhi larangan merokok di tempat awam kerana perokok bukan sahaja membahaya diri sendiri tetapi turut membahayakan orang lain yang terdedah kepada asap rokok.

(e) Tanam lebih banyak pokok
Aktitivi menanam lebih banyak pokok adalah satu cara yang sangat baik untuk memperbaiki kualiti udara.  Pokok dapat menyerap karbon dioksida yang terdapat di udara ketika menjalankan proses fotosintesis di waktu siang dan pada masa yang sama ia akan membebaskan oksigen ke udara.  Jika bilangan pokok bertambah, maka kandungan karbon dioksida di udara dapat dikurangkan dan sekaligus meningkatkan kandungan oksigen di udara.

(f)  Berjalan kaki atau berbasikal bagi jarak pendek

Sekiranya kita perlu bergerak ke suatu tempat yang dekat, adalah lebih elok jika kita berjalan kaki atau berbasikal.  Amalan ini bukan sahaja mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara, malah pada masa yang sama kita dapat bersenam dan sekaligus mengekalkan kesihatan badan.

(g)  Mengamalkan perkongsian kereta
Perkongsian kereta merupakan amalam yang dapat mengurangkan pencemaran udara.  Dengan berkongsi kereta, bilangan kenderaan yang berada di jalanraya dapat dikurangkan, sekaligus jumlah bahan cemar yang dibebaskan ke udara dapat dikurangkan.  Selain mengurangkan bahan cemar ke udara, amalan berkongsi kereta ini dapat menjimatkan wang dan penggunaan bahan api.



(h)  Menggunakan pengangkutan awam
Penghasilan bahan cemar ke udara dapat dikurangkan dengan mengunakan pengangkutan awam untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.  Hal ini kerana,  bilangan kenderaan yang bergerak di jalan raya akan turut berkurang apabila kita menggunakan pengangkutan awam.  Kita dapat mengurangkan bahan cemar ke udara, penggunaan bahan api dan sekaligus kita dapat menjimatkan wang.

(i)  Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat
Kempen kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam menangani isu ini dengan baik.  Sekurang-kurangnya kempen cinta alam sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat mengenai perihal pentingnya menjaga alam sekitar.




Sila klik link di bawah sekiranya anda memerlukan nota bagi topik ini.

3 comments:

  1. satu tips yang bagus dan boleh kita amalkan. kita perlu memainkan peranan untuk menjaga kualiti udara di negara kita ini. ia untuk kebaikan kepada diri kita dan anak anak kita juga.

    ReplyDelete
  2. Kami dari OBESS Air Solutions memberi perkhidmatan sewa/beli peralatan OBESS air sterilizer yang selamat digunakan di rumah, klinik, ofis dll. Ia berfungsi untuk membunuh kuman, fungus dan eliminate odor. Produk Malaysia yang telah di paten di bawah pemantauan MOSTI. Boleh hubungi kami di obessiaqc@gmail.com / zubir_addat@yahoo.com.my

    ReplyDelete