Wednesday 26 February 2014

BENGKEL PEMBINAAN MODUL KBAT SEKOLAH RENDAH PROGRAM DTP DAERAH SRI AMAN

Hari ini, 26 Februari 2014, saya dijemput sebagai penceramah bagi Bengkel Penyelarasan Modul KBAT Sekolah Rendah Peringkat PPD Sri Aman.  Bengkel ini diadakan di Bilik Mesyuarat Tiang Laju, PPD Sri Aman bermula dari jam 8.15 pagi - 5.00 petang. Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan guru-guru sekolah rendah tentang KBAT bagi subjek-subjek Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Sains dan Matematik.  Penceramah-penceramah yang bersama saya untuk Bengkel ini ialah Puan Villa Lau dan Encik Stinli Muda yang merupakan JU KBAT Sejarah.  

Saya sendiri berkongsi tentang Falsafah, Prinsip dan Isu-isu KBAT, manakala Puan Villa Lau dan Encik Stinli Muda berkongsi tentang aras-aras KBAT (Mengaplikasi, Menganalisis, Menilai dan Mencipta).

Peserta-peserta bengkel ini adalah seramai 6 orang yang merupakan Guru Sumber.  Selepas berkongsi setiap aras, peserta diminta untuk menghasilkan soalan berdasarkan subjek masing-masing bagi aras yang dibincangkan. Peserta kemudiannya akan membentangkan soalan yang telah dihasilkan untuk dikongsikan bersama dan peserta diberi peluang untuk memberi pendapat masing-masing sekiranya terdapat cadangan penambahbaikan.  

Bagi sesiapa yang berminat, bahan-bahan ceramah dan hasil bengkel peserta saya kongsikan di bawah dan boleh dimuat turun.

BAHAN CERAMAH
FALSAFAH, PRINSIP DAN ISU-ISU KBAT 
Video 20th Century Education vs 21st Century Education

BAHAN CERAMAH ARAS KBAT


*Bahan ceramah Falsafah, Prinsip dan Isu-Isu KBAT adalah bahan yang disediakan oleh JU KBAT SAINS di RECSAM, Pulau Pinang.  Manakala Aras KBAT pula adalah modul daripada BPG bagi JU KBAT Sejarah. 

HASIL BENGKEL

ARAS
MATA PELAJARAN
MENGAPLIKASI
SAINS
MENGANALISIS
MATEMATIK
MENILAI
BAHASA MALAYSIA
SAINS
MENCIPTA
MATEMATIK

GALERI

Sesi bengkel bersama Guru Sumber Sekolah Rendah


Bersama Guru Sumber Bahasa Inggeris

Bersama Guru Sumber Sains & Matematik dan pegawai dari PPD Sri Aman









Penyampaian cenderahati kepada penceramah oleh Urus setia, Cik Huriah Yatim.
Penyampaian cenderahati dari Urus Setia kepada Puan Villa Lau

Penyampaian cenderahati dari Urus Setia kepada Puan Paine Anyie

Penyampaian cenderahati dari Urus Setia kepada Encik Stinli Muda

Semoga para peserta yang telah bersama dalam bengkel ini mendapat manfaat daripada perkongsian hari ini.  Saya memohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan dari segi penyampaian kami.  Sebarang komen penambahbaikan berkaitan ceramah yang disampaikan adalah amat dialu-alukan. 

Setinggi penghargaan buat Puan Villa Lau dan Encik Stinli Muda kerana telah berkongsi bahan-bahan KBAT Sejarah...  Tidak lupa juga kepada pihak urus setia kerana telah memberi kepercayaan dan layanan yang baik sepanjang bengkel ini berlangsung.

Terima kasih...





No comments:

Post a Comment