Thursday 20 February 2014

Penjagaan Kesihatan Ibu Mengandung

Penjagaan prenatal ialah penjagaan yang diberikan atau yang diambil oleh wanita mengandung.  Penjagaan ini penting untuk memelihara kesihatan ibu dan kesihatan anak yang dikandungnya.

Adakah kesihatan wanita mengandung mempengaruhi perkembangan fetusnya? Ya.  Fetus bergantung sepenuhnya kepada nutrien yang dimakan oleh ibunya.  Wanita mengandung perlu makan secukupnya untuk diri dan untuk fetus. 

Kepentingan Pengambilan Makanan Yang Berkhasiat Kepada Kesihatan Ibu dan Fetus Semasa Kehamilan
Nutrien yang diperlukan oleh wanita yang hamil dan fungsinya adalah seperti jadual di bawah:

Gizi seimbang bagi ibu yang hamil adalah terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran segar, serta vitamin dan mineral yang mencukupi seperti rajah di bawah:
Piramid Makanan Ibu Hamil


Bahan Yang Boleh Memudaratkan Fetus dan Kesannya

Ibu hamil perlu menjauhkan tabiat merokok, minuman beralkohol dan atau pengambilan dadah yang berbahaya.  Asap rokok, alkohol dan dadah akan menjejaskan perkembangan fetus.

Jadual di bawah menunjukkan kesan-kesan negatif merokok, alkohol dan dadah terhadap fetus.

Tabiat
Kesan negatif
Merokok
·         Risiko keguguran
·         Kelahiran pramatang
·         Kematian bayi dalam kandungan
·         Kelahiran bayi kurang berat badan
Pengambilan alkohol
·         Kerencatan mental
·         Pertumbuhan terbantut
·         Kerosakan organ
·         Terdedah kepada Sindrom Alkohol Janin
Pengambilan dadah
·         Kecacatan fetus
·         Kelahiran pramatang
·         Kematian bayi dalam kandungan
·         Masalah pembelajaran bagi kanak-kanak


Kepentingan Mengelak Daripada Mengambil Bahan Yang Boleh Memudaratkan Fetus

Merokok semasa hamil mempengaruhi ibu dan kesihatan ibu sebelum, semasa dan selepas bayi dilahirkan.  Nikotin (bahan ketagihan di dalam rokok), karbon monoksida dan pelbagai bahan lain yang disedut dari rokok akan dibawa melalui saluran darah ibu dan menjejaskan perkembangan bayi melalui uri dan tali pusatnya.  Ibu yang merokok semasa hamil boleh menyebabkan kekurangan bekalan oksigen kepada ibu dan bayi yang sedang berkembang dalam kandungannya.  Terdapat 4000 bahan kimia yang terkandung dalam asap rokok dan antaranya  memberi kesan yang meningkatkan kadar denyutan jantung bayi.   Ibu hamil yang merokok akan meningkatkan risiko keguguran, kelahiran mati, kelahiran bayi pramatang, kecacatan bayi atau bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang kurang.  Asap rokok juga akan menjejaskan perkembangan sistem pernafasan bayi. 

Bayi sentiasa berkembang dalam kandungan ibu sepanjang 9 bulan.  Sepanjang tempoh 4 minggu pertama kehamilan, jantung bayi, sistem saraf pusat, mata, lengan dan kaki sedang berkembang.  Otak bayi mula berkembang sekitar minggu ke-3 dan terus berkembang sepanjang kehamilan.  Semasa trimester ketiga, bayi berkembang pesat dari segi saiz.  Jika jumlah alkohol diambil secara berlebihan semasa tempoh penting ini, ini akan mendatangkan masalah kepada bayi.  Pengambilan alkohol secara berlebihan (minum secara tetap atau minum semasa berpesta) boleh membawa kepada Sindrom Alkohol Janin yang boleh menyebabkan kecacatan kelahiran fizikal, mental dan tingkah laku bayi.
Pengambilan alkohol semasa hamil meningkatkan risiko melahirkan bayi Sindrom Alkohol Janin



Ciri bayi Sindrom Alkohol Janin

Pengambilan dadah dan ubat-ubatan menjejaskan
perkembangan bayi dalam kandungan
Dadah yang merbahaya boleh menjejaskan bayi di dalam kandungan. Jadi sesiapa yang mengalami ketagihan harus menghentikan pengambilannya sebelum membuat keputusan untuk hamil.  Kebanyakan dadah dan ubat-ubatan akan melalui rahim dan masuk ke dalam sistem bayi. Sebaik-sebaiknya elakkan pengambilan ubat-ubatan ketika hamil, walaupun ubat yang diambil tidak begitu meninggalkan kesan ke atas bayi.  Pengambilan dadah merbahaya seperti ganja ketika mengandung mempunyai kemungkinan 5 kali lebih besar untuk melahirkan bayi-bayi yang cacat. Bayi-bayi ini mengalami kecacatan fizikal sama seperti bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang meminum arak ketika mengandung. Bayi-bayi ini mengalami pelbagai masalah ketika dilahirkan seperti kekurangan oksigen, mengalami stress atau berada di bawah pengaruh THC (Tetrahydrocannabinol) yang terdapat di dalam darahnya.  Janin yang terdedah kepada dadah merbahaya mempunyai berat badan yang kurang serta berkelakuan hiperaktif seperti tangan menggeletar dan mudah terperanjat.
Oleh itu, adalah sangat penting bagi ibu yang hamil untuk menghidari tabiat merokok, mengambil alkohol dan dadah merbahaya  supaya bayi yang dilahirkan sihat dan normal.  Selain itu, ibu yang hamil perlu menjalani pemeriksaan perubatan secara berkala untuk mengikuti perkembangan bayi dalam kandungan.
 
Pemeriksaan berkala harus dilakukan oleh ibu yang hamil bagi memastikan kesihatan ibu dan perkembangan bayi dalam keadaan normal.

Nota PDF turut disediakan bagi topik ini.  Sekiranya anda perlukan nota tersebut, sila klik link di bawah:


Penjagaan Kesihatan Ibu Mengandung

9 comments:

  1. thanks cikgu from Beruas Perak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello admin. thanks for the info. Good sharing btw. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

      >>> Slim & Fit Semulajadi!<<<

      Delete
  2. Thanks cikgu, ia amat membantu saya . o(^-^o )

    From Kota Tinggi, Johor.

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih cikgu..Senang skit nk buat hw mcmni

    ReplyDelete
  4. info yang bagus. semoga maklumat ini dapat memberi manfaat kepada ibu mengandung. semua orang inginkan anak yang sihat dan kuat. shaklee ada supplement untuk membantu perkembangan bayi anda.

    ReplyDelete
  5. lengkap sekali maklumat ini, manfaat kali tuk saya
    Jual Madu Penyubur Kandungan

    ReplyDelete
  6. thank u verymuch.i can do my reviion

    ReplyDelete