Wednesday 19 February 2014

Kepentingan Sistem Respirasi Yang Sihat

Bahan-bahan yang berbahaya kepada sistem respirasi
Udara yang kita sedut mungkin mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan sistem respirasi kita. 

Asap Rokok
Asap rokok banyak mengandungi bahan berbahaya seperti nikotin dan tar yang mencemari udara.  Asap mempunyai kesan yang dapat merosakkan sistem respirasi.  Bahan-bahan berbahaya dalam asap rokok yang mengakibatkan kerosakan kepada sistem respirasi ialah:


Bahan dalam asap rokok
Penerangan
Tar
·         Bahan lekit berwarna perang
·         Membunuh sel dalam laluan pernafasan dan peparu. 
·   Menambahkan pengeluaran mukus dan kahak yang terhasil di dalam peparu.  
·        Dapat menyebabkan kanser peparu
Karsinogen
·  Agen menyebabkan kanser yang mengakibatkan pelbagai jenis kanser. 
Karbon monoksida
·         Gas beracun tanpa warna dan tanpa bau
·  Menghalang hemoglobin daripada mengangkut oksigen ke seluruh bahagian badan. 
·        Menyebabkan kurangnya oksigen di dalam badan dan mengakibatkan sakit kepala, kerosakan otak malah mungkin membawa maut.
Perengsa
·         Bahan yang kimia
·   Merengsa laluan pernafasan dan alveolus di dalam peparu.
·      Membunuhkan sel pada permukaan laluan pernafasan dan peparu.
·         Menyebabkan batuk dan menghidap kanser peparu.
Nikotin
·         Sejenis dadah beracun
·         Menyebabkan ketagihan.
·         Merosakkan tisu otak.
·  Menyebabkan darah lebih mudah membeku dan berkemungkinan menyebabkan strok.
·     Mengeraskan dinding arteri dan boleh mengakibatkan berlakunya serangan penyakit janutng.


Karbon Monoksida
Asap kereta membebaskan gas karbon monoksida
Karbon monoksida lazimnya didapati dalam asap kenderaan. 
Mengapakah berbahaya apabila kita berada di dalam kereta yang tidak bergerak dengan pendingin udara yang terpasang, tingkap yang tertutup dan enjin yang dihidupkan?  Keracunan karbon monoksida boleh terjadi sekiranya berlaku kebocoran ekzos kenderaan.  Jika kita duduk di dalam kenderaan yang tidak bergerak dengan penghawa dinginnya yang terpasang, kita terdedah kepada keracunan karbon monoksida kerana gas ini boleh meresap masuk ke dalam kenderaan. Keracunan karbon monoksida boleh menyebabkan kematian kerana gas ini adalah beracun.  Gas ini menghalang oksigen diangkut dalam badan kita.

Sulfur Dioksida
Pembakaran arang dan minyak di kilang dan stesen janakuasa menghasilkan sulfur dioksida.  Sulfur dioksida ialah gas tanpa warna dengan bau yang menyesakkan.  Gas ini merengsa laluan pernafasan manusia, menyebabkan batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu.



Jerebu
Wasap daripada ekzos kenderaan,  pembakaran terbuka dan kebakaran hutan menghasilkan jerebu.  Jerebu terdiri daripada zarah-zarah pepejal yang sangat halus, umpamanya habuk dan asap.  Jerebu merengsa sistem respirasi dan menyebabkan gangguan respirasi seperti asma.  Rajah di bawah menunjukkan keadaan bandaraya Kuala Lumpur yang dilanda jerebu.


Toksin
Toksin dibebaskan ke udara daripada asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan pembakaran bahan api.  Contoh toksin dalam udara yang tercemar ialah sebatian plumbum dan oksida-oksida nitrogen.  Toksin-toksin ini mengakibatkan keracunan plumbum yang membunuh sel-sel, merosakkan peparu dan otak, membuat kita batuk dan menyebabkan penyakit peparu seperti emfisema.



Penyakit Sistem Respirasi

Laluan pernafasan orang yang diserang asma
Asma
Asma berpunca daripada tersedut habuk, asap rokok dan wasap industri.  
Gejala asma ialah sesak nafas, pernafasan yang berbunyi atau batuk.  


Bronkitis
Keadaan bronkus pesakit bronkitis
Bronkitis ialah radang bronkus yang disebabkan oleh tar bahan perengsa dalam asap rokok.  Gejala bronkitis ialah batuk yang berterusan, sering tercungap-cungap dan tidak dapat tidur
  
Emfisema


Alveolus peparu pesakit emfisema menjadi besar dan rosak.  Keadaan ini disebabkan oleh bahan pencemar udara yang berbahaya terutamanya yang terdapat dalam asap rokok.  Gejala emfisema ialah sesak nafas, sakit ketika bernafas dan rasa letih biarpun hanya melakukan kerja ringan.  


Kanser Peparu
Kanser peparu disebabkan oleh bahan kimia penyebab kanser yang sedut semasa bernafas.  Bahan kimia ini dikenali sebagai karsinogen.  Asap rokok mengandungi pelbagai karsinogen, contohnya tar yang boleh menyebabkan kanser peparu.  Beberapa gejala kanser peparu termasuklah batuk yang berterusan, kahak berdarah dan rasa sakit ketika bernafas.  Gambar di atas menunjukkan perbezaan antara peparu normal dengan peparu yang berkanser.  


Pneumonia
Radang paru-paru disebabkan oleh jangkitan mikroorganisma seperti bakteria, virus atau parasit dan bahan-bahan kimia atau kecederaan fizikal pada peparu atau akibat kanser peparu atau pengambilan alkohol yang berlebihan.  Gejala radang peparu termasuklah batuk, sakit dada, demam dan kesukaran bernafas. 

Tuberkulosis (TB)
Tuberkulosis adalah penyakit jangkitan pada saluran pernafasan yang disebabkan oleh bakteria. Bakteria ini merupakan bakteria basillus yang sangat kuat sehingga memerlukan waktu lama untuk mengubatinya. Bakteria ini lebih sering menjangkiti organ paru-paru dibandingkan bahagian lain tubuh manusia.  Gejala penyakit ini ialah mengalami demam, tetapi tidak terlalu tinggi yang berlangsung agak lama, biasanya pada waktu malam dan pesakit akan berpeluh.  Gejala lain, penurunan  selera makan dan berat badan, lemah tubuh badan dan batuk yang agak lama hingga lebih daripada 3 minggu disertai dengan kahak berdarah. 


14 comments:

  1. translate:有错字,有些字没有写完(termasulah>termasuklah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 谢谢你的提醒。我刚刚在抄时,也发现到一个字错了!(wasap>asap)

      Delete
  2. sekarang ni, cuaca di negara ni amat teruk. ia menganggu sistem ekosistem. puncanya ialah sistem respirasi yang teruk menyebabkan kita mudah terkena penyakit berkaitan respirasi ni seperti lemah jantung, asma

    ReplyDelete
  3. terbaik la cikgu . semoga cikgu akan dirahmati tuhan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm..semoga dapat memberi manfaat kepada semua

      Delete
  4. terbaik la cikgu . semoga cikgu akan dirahmati tuhan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tqvm..semoga dapat memberi manfaat kepada semua

      Delete
  5. Tq blig cikgu paine sebab menyadiakan apa yg saya cari selama ini

    ReplyDelete
  6. this is so helpful for do sains folia tnks for help me

    ReplyDelete
  7. thanks for help for my daughter because she was so sad to write this topic in folio so this webstide are helpful for my daughter.Thanks a lot...

    ReplyDelete