(a)
Mewajibkan semua kilang menggunakan penapis asap
Pihak
berwajib harus memastikan kilang dan syarikat yang terlibat dengan aktiviti
membebaskan asap kilang ke udara agar memasang penapis asap pada cerobong
kilang masing-masing. Ini adalah bagi
memastikan tiada bahan berbahaya yang disebarkan bersama-sama asap kilang dan
juga mengurangkan kuantiti asap yang dikeluarkan.
![]() |
Pemasangan penapis mampu mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara |
(b) Menggunakan
bahan api tanpa plumbum
Penggunaan
petrol tanpa plumbum dapat meminimumkan pembebasan logam berbahaya ke udara seperti
karsinogen. Walaupun petrol tanpa
plumbum ini lebih mahal berbanding petrol berplumbum, namun sekiranya kesemua
kita mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap alam sekitar, kita boleh
bekerjasama mengurangkan pencemaran.
(c) Membina dan menggunakan kereta berkuasa elektrik
Penggunaan
kereta berkuasa elektrik atau kereta hibrid mampu dan berkesan menjimatkan kos
penggunaan bahan api dan pada masa yang sama ia hanya menghasilkan asap toksik
pada tahap rendah. Sungguhpun kereta
hibrid mahal, namun untuk jangka masa panjang kereta ini mampu menjimatkan wang
anda dari segi kos penggunaan bahan api yang semakin meningkat.
![]() |
Malaysia juga sedang mengeluarkan kereta hibrid |
(d) Larangan merokok di tempat awam
Perokok pasif jauh lebih berbahaya dari yang kita
fikirkan. Kajian menunjukkan bahawa perokok
pasif 16 kali lebih berbahaya daripada terdedah kepada bahan pencemar udara
yang lain. Hal ini disebabkan asap rokok
dapat meningkatkan jumlah partikel halus di udara yang berbahaya berkali-kali
lipat banyaknya. Oleh itu, sangat
penting untuk mematuhi larangan merokok di tempat awam kerana perokok bukan
sahaja membahaya diri sendiri tetapi turut membahayakan orang lain yang terdedah
kepada asap rokok.
(e) Tanam lebih banyak pokok

(f) Berjalan kaki atau berbasikal bagi jarak pendek
Sekiranya
kita perlu bergerak ke suatu tempat yang dekat, adalah lebih elok jika kita
berjalan kaki atau berbasikal. Amalan
ini bukan sahaja mengurangkan pembebasan bahan cemar ke udara, malah pada masa
yang sama kita dapat bersenam dan sekaligus mengekalkan kesihatan badan.
(g) Mengamalkan perkongsian kereta

(h) Menggunakan pengangkutan awam
Penghasilan
bahan cemar ke udara dapat dikurangkan dengan mengunakan pengangkutan awam
untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Hal ini kerana, bilangan kenderaan yang bergerak di jalan
raya akan turut berkurang apabila kita menggunakan pengangkutan awam. Kita dapat mengurangkan bahan cemar ke udara,
penggunaan bahan api dan sekaligus kita dapat menjimatkan wang.
(i) Mengadakan kempen kesedaran kepada masyarakat
Kempen
kesedaran boleh dianjurkan bagi mendidik masyarakat dalam menangani isu ini
dengan baik. Sekurang-kurangnya kempen
cinta alam sekitar seperti ini dapat meningkatkan lagi kesedaran masyarakat
mengenai perihal pentingnya menjaga alam sekitar.
Sila klik link di bawah sekiranya anda memerlukan nota bagi topik ini.
satu tips yang bagus dan boleh kita amalkan. kita perlu memainkan peranan untuk menjaga kualiti udara di negara kita ini. ia untuk kebaikan kepada diri kita dan anak anak kita juga.
ReplyDeleteKami dari OBESS Air Solutions memberi perkhidmatan sewa/beli peralatan OBESS air sterilizer yang selamat digunakan di rumah, klinik, ofis dll. Ia berfungsi untuk membunuh kuman, fungus dan eliminate odor. Produk Malaysia yang telah di paten di bawah pemantauan MOSTI. Boleh hubungi kami di obessiaqc@gmail.com / zubir_addat@yahoo.com.my
ReplyDeletetq it helps me alot
ReplyDelete