Dua isu utama yang diambil berat
dalam pembiakan manusia ialah kemandulan dan pencegahan kehamilan. Kedua-dua isu ini dapat diatasi dengan
kejayaan yangtelah dicapai dalam sains dan teknologi.
Kemandulan
Kemandulan
ialah kegagalan untuk menghasilkan
anak. Kedua-dua, lelaki dan perempuan
mungkin menjadi mandul.
Adakah lelaki itu
mandul apabila testisnya tidak menghasilkan sperma?
Adakah perempuan itu
mandul apabila ovarinya tidak menghasilkan ovum?
Ya, kedua-dua soalan di atas adalah
antara faktor yang menyebabkan lelaki dan perempuan mandul.
Apakah sebab-sebab
lain kemandulan?
Jadual di bawah menunjukkan beberapa sebab
kemandulan lelaki dan perempuan serta rawatannya.
Persenyawaan In Vitro (IVF)
Persenyawan in vitro ialah persenyawaan yang berlaku di luar badan
perempuan. Ovum yang tersenyawa
membahagi dan berkembang menjadi embrio di luar badan. Embrio kemudiannya ditempelkan pada dinding
uterus perempuan dan berkembang menjadi fetus.
Pencegahan Kehamilan
Pencegahan kehamilan membenarkan
pasangan yang telah berkahwin untuk merancang sama ada mahu memiliki anak atau
tidak.
Pencegahan
kehamilan juga membenarkan mereka untuk
memilih bilangan anak dan waktu untuk memiliki anak.
Kaedah pencegahan kehamilan
menghalang perempuan yang telah berkahwin daripada hamil. Kaedah yang digunakan sama ada oleh lelaki
atau perempuan, bergantung pada kepercayaan agama, latar belakang sosial dan
pilihan mereka. Kaedah yang digunakan
juga bergantung pada pasangan yang telah berkahwin itu sama ada mahu memiliki
anak atau tidak pada masa hadapan.
Jadual di bawah menunjukkan kaedah
pencegahan kehamilan dan keberkesanannya:
Kaedah
pencegahan kehamilan sementara ialah kaedah yang
membenarkan pasangan yang telah
berkahwin untuk memiliki anak apabila pasangan tersebut berhenti menggunakan
kaedah-kaedah ini.
Kaedah
pencegahan kehamilan kekal ialah kaedah yang
tidak membenarkan pasangan yang
telah berkahwin untuk memiliki anak sebaik sahaja kaedah-kaedah ini digunakan.
Salah Guna Kawalan Kehamilan
Kaedah pencegah kehamilan telah
banyak disalahgunakan oleh remaja kejadian ini meruntuhkan akhlak mereka. Penyalahgunaan kawalan kehamilan di kalangan
remaja telah meningkatkan hubungan seks luar nikah dan sekaligus jumlah
kehamilan luar nikah. Hal ini membawa
kepada masalah pengguguran bayi dan buang bayi kerana mereka masih muda dan
belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa. Pengetahuan
tentang pencegah kehamilan turut disalahgunakan oleh pasangan yang dewasa yang
tinggal bersama tanpa kahwin untuk mengelakkan perempuan daripada mengandung.
Kebaikan Dan Keburukan Kawalan Kehamilan Kepada
Masyarakat
Kawalan kehamilan mempunyai kebaikan dan keburukan kepada
masyarakat. Jadual di bawah menerangkan
beberapa kebaikan dan keburukan kawalan kehamilan kepada masyarakat.
Kawalan kehamilan kepada masyarakat
|
|
Kebaikan
|
Keburukan
|
·
Pasangan berkahwin dapat merancang bilangan anak.
·
Pasangan berkahwin dapat merancang masa yang
sesuai untuk menerima cahaya mata.
·
Penggunaan kondom boleh mengelakkan penyakit
kelamin.
|
·
Menggalakkan masalah sosial seperti seks luar
nikah dan hubungan seks secara rambang.
·
Meningkatkan masalah pengguguran bayi di
kalangan remaja
·
Pengambilan pil pencegah kehamilan jangka
masa panjang akan menganggu kitar haid dan menyebabkan kemandulan
·
Meningkatkan masalah penyakit kelamin
seperti AIDS, Herpes, Gonorrhea dan Sifilis.
|
Kepentingan
Penyelidikan Pembiakan Manusia
Kepentingan penyelidikan tentang
pembiakan manusia ialah:
- Menyelesaikan masalah suami atau isteri yang tidak mempunyai anak
- Membantu pasangan suami isteri menjalani perancang keluarga untuk merancang bilangan anak yang mereka kehendaki.
- Membantu pasangan suami isteri menggunakan cara yang sesuai untuk mencegah kehamilan
- Mengesan kecacatan fetus. Kini, pembedahan telah dilakukan ke atas fetus untuk memperbaiki kecacatannya dalam kandungan ibu.
Sekiranya anda perlukan nota untuk topik ini, saya turut sediakan dalam bentuk PDF. Bagi yang berminat, bolehlah klik link di bawah untuk muat turun.
Penyelidikan Dalam Pembiakan Manusia
Penyelidikan Dalam Pembiakan Manusia
terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteVery informative....
ReplyDelete