Sunday 9 July 2017

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK SAINS KSSM TINGKATAN 1

Pembelajaran Berasaskan Projek ini juga dikenali sebagai PROJECT BASED LEARNING (PBL)



PBL dijalankan sama ada secara individu atau sekumpulan murid untuk mencapai sesuatu tujuan tertentu dan ia menggalakkan perkembangan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran pengurusan masa dan pembelajaran kendiri.

PBL mengambil masa yang panjang serta menjangkau waktu pembelajaran yang formal untuk dilengkapkan.

Bagi murid Tingkatan 1 digalakkan menjalankan sekurang-kurangnya 2 PBL setahun.  Hal ini demikian, dalam Pentaksiran Sumatif Akhir Tahun mengambil kira 20% daripada markah PBL (Rujuk Templat Pelaporan KSSM Sains Tingkatan 1)

Hasil projek boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti laporan, artifak, video dan lain-lain yang bersesuaian.
Hasil projek perlu dibentangkan kepada guru dan murid lain.

Rubrik Pemarkahan bagi PBL secara umum adalah seperti berikut:

Kriteria
Peratus
1. Rekabentuk
20
2. Proses
20
3. Aplikasi
20
4. Pengetahuan
20
5. Persembahan
20
Jumlah Markah
100

Di sini saya kongsikan 2 contoh tugasan PBL yang telah saya sediakan sendiri. Rubrik yang digunakan adalah menurut pemahaman saya sendiri kerana kekurangan sumber berkenaan dengan pembinaan rubrik untuk PBL.  Oleh yang demikian, saya memohon maaf jika rubrik yang saya kongsikan ini mempunyai kesilapan.  
Walau bagaimana pun, saya sangat mengalu-alukan sebarang cadangan untuk penambahbaikan :).




12 comments:

  1. Tq cikgu. Saya pun tgh cari contoh rubrik ni. Tapi saya akan ubahsuai ikut topik budak2.

    ReplyDelete
  2. TERIMA KASIH CG ATAS INFONYA.....MOHON SHARE

    ReplyDelete
  3. Tq atas info yg sgt berguna...mohon share jg.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Cikgu..kerana sudi share

    ReplyDelete
  5. Terima kasih cgu. Mohon share ya.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas perkongsian cikgu... Saya nak minta izin guna bahan cikgu yang berguna dalam penulisan modul... bagaimana saya boleh hubungi cikgu ya? Saya Kevin Chin dari Pulau Pinang... (0164879751). Terima kasih cikgu...

    ReplyDelete
  7. ASSALAMUALAIKUM ANA USTAZ HIPSTER WASSALAM

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas info PLB untuk Tingkatan 1 Sains. Saya memang mencari rubrik untuk menilai projek murid saya. Tqsm. Salam dari Cg Reveendran SMK BPUJ

    ReplyDelete
  9. Tksh cikgu atas perkongsian

    ReplyDelete